Ceramah Remaja : Masalah Remaja Masa Kini


Masalah keruntuhan akhlak terutama dikalangan muda-mudi di negara ini semakin hari semakin membimbangkan. Langkah-langkah proaktif membendung masalah ini semestinya perlu kerap dijelmakan oleh semua pihak sebelum ianya menjadi barah.

Bertempat di surah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, telah diadakan satu ceramah bertajuk "Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Remaja: Masalah Remaja Masa Kini ". PAPISMA Kelantan yang diwakili oleh Dr. Razlina Abdul Rahman yang merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Perubatan Keluarga USM telah dijemput oleh ReHAK (Reproductive Health Association Kelantan) bagi menjayakan program kesedaran ini yang telah diadakan pada hari Khamis yang lepas bersamaan 27 Januari 2011 jam 2.00-3.30petang.

Sesi ceramah yang di jalankan secara 'sanatai' ini telah menarik minta lebih 100 orang hadirin dari kalangan pelajar perempuan tingkatan satu dan dua SMK KB untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan kesihatan wanita dan kesihatan seksual remaja yang dihadapi pada usia ini.
Previous
Next Post »