PAPISMA Kelantan Terima Anugerah Blog Terbaik

Setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang bersama-sama memberi sumbangan idea, cadangan, kritikan membina, artikel ilmiah bagi me 'rancak'kan lagi kemeriahan blog PAPISMA Kelantan.
Alhamdulilllah, baru-baru ini PAPISMA Kelantan telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah blog terbaik PAPISMA 2011. Pertandingan ini dianjurkan oleh Exco Penerbitan dan Latihan Kepimpinan PAPISMA.

Antara perkara yang dinilai adalah kekreatifan, kekemasan dan kandungan penyampaian sesebuah blog yang bertanding.

Pengumuman telah dibuat pada Malam Gala bersempena Kovensyen Kebangsaan PAPISMA yang ke -9 yang telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut Terengganu pada 29 April - 1 Mei 2011.

Pemenang mendapat sebuah telefon 'Samsung Galaxy' dan sub domain percuma daripada PAPISMA. Semoga dengan penganugerahan ini diharapkan dapat memperkemaskan lagi sistem dokumentasi program aktiviti yang dijalankan.
Previous
Next Post »