Bengkel Reka Cipta Photoshop CS6

Pada 13 Januari 2014 bertempat di Makmal Informatik Perubatan (CAI LAB) PPSK, USM telah diadakan Bengkel Reka Cipta asas dan pertengahan penggunaan aplikasi Adope Photoshop cs6.



Bengkel ini dianjurkan oleh PAPISMA Kelantan dan juga kerjasama dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM bermula seawal jam 9.00pagi itu berjaya menarik minat seramai 45 orang dari kalangan staf USM dan ahli-ahli PAPISMA Kelantan.

Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang moderator iaitu Sdr Fatihin dan Sdr Ramadan yang kedua-duanya mempunyai kepakaran dalam menghasilkan reka cipta yang menarik menggunakan aplikasi Adope Photoshop cs6 ini.










Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua terutama jawatankuasa program diatas penganjuran aktiviti ini.
Previous
Next Post »