NICE 2014... Kenangan Terindah


Kenag-kenangan bersama YB Dr. Ramli Mamat
Pertama dan selama-lamanya diucapakan syukur kepada Allah s.w.t masih diberi kesempatan untuk terus hidup sebagai seorang muslim dan juga khalifah Allah s.wt. Sedar tak sedar hampir 2 minggu National Ibnu Sina Conference And Community Engagement (NICE 2014) melabuhkan tirainya.

Name tag urusetia
Name tag peserta










Pelbagai suka duka, pahit jerih dirasai oleh jawatankuasa NICE 2014 di pimpin oleh Pengarah NICE 2014 Dr. Hadyan Husainy bagi memastikan NICE pada tahun ini lebih baik dari sudut pengisian dan dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah pada 21-24 Ogos 2014 telah berjalan dengan jayanya NICE 2014 dan untuk tahun ini PAPISMA Kelantan dipilih sebagai tuan rumah dan lokasi pada kali ini bertempat di PCB Resort, Kota Bharu Kelantan. Seramai 118 orang peserta hadir pada NICE 2014 ini.

Pendaftaran peserta NICE 2014 seawal jam 10.00pagi

Pendaftaran peserta NICE 2014 di Dewan Matahari

Majlis telah dirasmikan oleh Yb Dr Izani Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga merupakan senior PAPISMA. Turut hadir Dr Hashairi Fauzi Pengerusi PAPISMA Kelantan dan Dr Hadyan Husainy, Pengarah NICE 2014.

Dr Izani menyampaikan amanat kepada para peserta NICE 2014

Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PAPISMA Kelantan

Pelbagai pengisan telah diatur bagi mencapai objektif NICE pada kali ini. Antaranya dengan menjemput panel-panel khas yang terdiri daripada Penceramah Bebas Ust Dr. Hasrizal, Pensyarah dan Pakar seperti Dr. Suhazeli, Prof. Dr. Zakuan, Dr. Syed Khaliq, Dr. Wan Shah Jihan dan ramai lagi para penceramah jemputan.

Pengisian ' Mana Hala Tuju Kita' oleh Dr. Suhazeli
Pengisian Fiqh Perubatan Teori dan Praktikal oleh Prof Dr. Zakuan
Kuliah pagi bersama Ustaz Pilihan

Kuliah pagi bersama Ustaz Huzaifah 
Ruangan solat untuk peserta perempuan

Riadah pagi di tepi Pantai Cahaya Bulan

Senaman pagi, renggangkan otot masing-masing
Lari setempat untuk keluarkan karat peluh

Bersama Personaliti Khas Ustaz Hasrizal

Pengisan yang mantap oleh Ustaz Hasrizal

Ihsan dan Itqan dalam kehidupan seharian

Peserta bertanyakan soalan kepada Ustaz Hasrizal
Cenderahati kenang-kenangan daripada PAPISMA

Praktikal Fiqh Perubatan Bersama Dr. Syed Abdul Khaliq & Ustaz Adli

Khusyuk mendengar penerangan

Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan

Hari ketiga, sepertimana yang telah dimaklumi para peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan besar. Kumpulan pertama diberi task - Street Dawkah : Stop smoking 4 Gaza yang diketuai oleh team IKBAR (Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok). Tiga kawasan yang dipilih adalah di Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan Shopping Complex Kota Bharu Trade Center.

Bas membawa para peserta NICE 2014 untuk aktivit Field Trip

Gigih menyiapkan bahan  'flash mob'
Kerjasama antara kumpulan


Peserta NICE 2014 memberi penerangan berkenaan bahaya menghisap rokok

Amalan merokok memudaratkan kesihatan bukan kepada perokok malah kepada orang disekitarnya

Juga pengenalan kepada IKBAR

Simbolik Jauhi tabiat merokok

Kumpulan kedua telah ditugaskan untuk mengadakan khidmat kesihatan statik sempena Karnival Yayasan Orang Kelainan Upaya (YOKUK) betempat di Pengkalan Chepa. Program dengan kerjasama MACMA (Malaysia Chines Muslim Associate) ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada hadirin.   

Membuat pemeriksaan tekanan darah

Peserta NICE turut membantu memeriksa kandungan gula dalam darah

Bergambar bersama artis Nealofa di tapak Karnival YOKUK

Manakala kumpulan ketiga bersama Health Care Stroke Center menjalankan home visit ke beberapa buah rumah pesakit terlantar di sekitar Kg. Kedai Buloh, Kg. Semut Api dan Kg. Pantai Cahaya Bulan. Home Visit ini turut dibantu penghulu kampung. Para peserta turut diajar cara penjagaan pesakit stroke, cara ibadah solat pesakit terlantar.

Home visit : Ziarahi pesakit terlantar

Slot bersama Bank Muamalat tidak mengecewakan. Pengisian berkenaan Riba dan Kewangan Islam yang telah disampaikan oleh Ustaz Hafiz Fauzi sangat memuaskan dan mudah untuk kita fahami tentang bahayanya riba dalam ekonomi umat Islam

Ustaz Hafiz Fauzi menyampaikan ceramah beliau dengan kaedah tersendiri

Cenderahati kenangan PAPISMA kepada Bank Muamalat

Majlis penutupan NICE 2014 telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj Ramli Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Kelantan. Turut hadir Dr. Hashairi Fauzi, Pengerusi PAPISMA Malaysia Cawangan Kelantan dan Dr. Khairul Afnan Exco PAPISMA Pusat. 

Dr. Ramli merasmikan upacara penutup NICE 2014 di Dewan Matahari PCB Resort

Ucapan perasmian penutup oleh Yb Dr Ramli
Penyerahan borang keahlian Sahabat PAPISMA

Ribuan terima kasih diucapkan khususnya kepada seluruh jawatankuasa pelaksana NICE 2014 yang banyak bekorban masa tenaga dan wang ringgit demi melancarkan atucara NICE pada kali ini. Semoga mendapat ganjaran disisi Allah. Juga kepada para peserta NICE 2014 yang telah memberi kerjasama demi melancarkan atucara program. Semoga bertemu lagi di masa akan datang. Selamat maju jaya.

Kepada para peserta yang ingin mendapatkan slide presentation penceramah, boleh mengambilnya di dropbox nice 2014 : https://db.tt/j3vYaYsz

Previous
Next Post »