Takziah kepada keluarga Dr Nurul Huda

*Takziah kepada keluarga Dr Nurul Huda*
انا لله وانا اليه راجعون..
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
غفر الله لها واسكنها الفردوس الاعلى والهم اهلها بالصبر والسلوان..
Seluruh ahli PAPISMA Malaysia merasai sedih dan hiba atas pemergian Dr Nurul Huda akibat kemalangan jalanraya petang semalam. Arwah dalam perjalanan balik dari HUSM ke Kuala Terengganu. Dimaklumkan bahawa Allahyarhamah baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan master pediatrik di USM dan menjalani jadual atas panggilan (on call).
Sesungguhnya pemergian arwah satu kehilangan besar kepada kami dan masyarakat secara umumnya.
Saya mengucapkan takziah kepada suami Allahyarhamah, Ustaz Azizul Hassan dan seluruh keluarga. Semoga seluruh ahli keluarga bertabah di saat yang hiba ini.
Kami mendoakan agar arwah ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.
Dato' Dr Suhaini Kadiman
Presiden
PAPISMA Malaysia
10 Mei 2017

Image may contain: text
Previous
Next Post »