Pelancaran Blog Papisma Kelantan

Assalaamualaikum, ana mewakili Papisma Kelantan dengan rasa rendah diri ingin mewarwarkan tentang pelancaran blog Papisma Kelantan yang baru. Ana selaku moderator ingin memohon ribuan kemaafan atas sebarang kekurangan yang ada dalam blog ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa, segala kekurangan akan cuba diatasi.

Untuk makluman semua, mulai hari ini sebarang perkembangan aktiviti Papisma Kelantan akan dimasukkan ke dalam blog ini. Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan terkini Papisma Kelantan bolehlah melayari blog kami yang tak seberapa ini.

Segala yang baik datangnya dari Allah Jalla wa 'Ala.

Wallahu'alam.

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail
Moderator Blog Papisma Kelantan
Oldest