Ukhwah Bersama Sahabat di USM

Alhamdulillah, PAPISMA Kelantan telah mengatur beberapa aktiviti bagi meningkatkan lagi tautan ukhwah silaturahim antara ahli-ahli PAPISMA yang berada di negeri ini. Antaranya; mengadakan Liqa' perjumpaan antara ahi-ahli di setiap hospital yang terdapat diseluruh negeri Kelantan.

Pada 11 Oktober baru-baru ini, satu perjumpaan antara ahli telah diadakan bertempat di Surau Murni Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Perjumpaan kali kedua ini (kali pertama telah diadakan pada 10 Ogos 2010) bertujuan untuk bertemu muka dan berkongsi pengalaman diantara ahli yang berada di sekitar USM memandangkan masih ramai dikalangan ahli yang masih belum mengenali antara satu sama lain walaupun berkhidmat pada institusi yang sama.

Tetamu jemputan pada kali ini adalah Prof. Dr. Abdul Razak. Beliau sudi menghadirkan diri dan berkongsi pengalaman yang ada kepada sahabat-sahabat yang menghadiri liqa' tersebut. Seramai 26 orang (15 muslimin dan 11 orang muslimat) menghadirkan diri pada perjumpaan tersebut.

Untuk makluman semua, pada 15 Disember ini iaitu pada hari Rabu, satu perjumpaan bulanan akan diadakan untuk ahli-ahli yang berada di USM. Perjumpaan dijangka bermula pada jam 5.15 petang akan diadakan bertempat di Surau Murni (berdekatan dengan Pusat Islam) USM. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan, anda semua dijemput hadir ke perjumpaan tersebut.

Sebarang pertanyaan, sahabat semua bolehlah berhubung dengan Dr. Najib 019-2895539.
Previous
Next Post »