Kubang Kerian, 19 Jan 2011 – Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurniaNya, sekali lagi pada hari ni, buat kali ke-4 Liqa’ bulanan PAPISMA Kelantan di USM telah berjaya diadakan.

Liqa’ bermula dengan ucapan alu-aluan dari Dr. Najib selaku pengerusi majlis dan sedikt pengisian dari Dr. Mujahid.
Pertemuan kali ini sungguh bermakna atas kehadiran senior-senior yang berpengalaman di dalam PAPISMA yang juga antara tokoh-tokoh penting sebagai ahli akademik. Antaranya yang berkesempatan meluangkan masa ialah Dr. Harmy, Dr. Wan Shah Jihan dan Dr. Abd Razak.
Peningkatan kehadiran yang amat memberansangkan ini sememangnya menjadi titik penting ke arah mencapai objektif Liqa’ ini diadakan, iaitu untuk merapatkan jurang dan meningkatkan lagi ukhuwah di kalangan ahli PAPISMA.
InsyaAllah perjumpaan seterusnya akan diadakan pada 23 Febuari 2011.