Pada 2 Mac 2011, bertempat di Masjid Murni Pusat Islam USM, Kubang Kerian telah diadakan Wacana Ilmu yang bertajuk 'Fiqh Perubatan 1- Al-Quran dan As-Sunnah Didalam Perubatan'.
Wacana bulanan yang telah disampaikan oleh Dr. Mujahid Bakar, Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM bermula pada jam 8.00 malam di hadiri seramai 40 orang hadirin yang terdiri daripada ahli PAPISMA Kelantan dan pelajar-pelajar USM. Program kali ini di mulai dengan solat maghrib secara berjemaah.

Antaranya ibnu Qayyum berpendapat bahawa penyakit hati hendaklah diserahkan kepada Rasulullah, kerana tiada jalan penyelesaian melainkan melalui mereka.

Kebanyakkan ahli sunnah wal jamaah menegaskan al-Quran sebagai penawar kepada semua penyakit, hati dan badan. Beberapa hujjah di kemukankan.

2. Rasulullah s.a.w diriwayatkan pernah menggunakan jampi untuk merawat menggunakan ayat-ayat suci al-Quran.
Berpegang dengan hadis Rasulullah s.a.w adalah menjadi suatu kewajipan setiap umat Islam sekiranya hadis tersebut cukup syarat penerimaannya.
Seperti hadis yang berkisarkan mengenai perkara-perkara agama, keimanan, hadis-hadis berkaitan halal haram, perkara-perkara fardhu, jenis-jenis ibadah, muamalat dan sebagainya.