Khidmat Masyarakat Di Kg. Banggol Chicha

PAPISMA Kelantan berkesempatan untuk turun ke Kg. Banggol Chicha memberi khidmat kepada pengunjung Program Cakno Rakyat di Pengkalan Pasir yang telah diadakan pada hari Sabtu, 25 Jun 2011.


PAPISMA Kelantan diwakili oleh Dr. Hashairi, Dr. Shahril, Dr. Faiz, Dr. Sobri, Sdr Tengku dan beberapa orang mahasiswi USM  berkesempatan untuk  turun ke padanag bagi memberi khidmat nasihat dan kesihatan kepada masyarakat yang telah mengunjungi program Cakna Rakyat 2011 Pengkalan Pasir.


Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh PAPISMA Kelantan adalah membuat pemeriksaan tekanan darah, memeriksa kandungan gula dalam darah dan memberi khidmat kaunseling dan nasihat. Para pengunjung juga berpeluang mendapatkan ubat terpilih secara percuma.


Sambutan sepanjang sesi perkhidmatan amat memberangsangkan dari para pengunjung. Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan dan adik-adik dari USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian yang bersama-sama menjayakan program pada kali ini.
Previous
Next Post »