Bagi mengambil keberkatan bulan Ramadhan, PAPISMA Kelantan berkesempatan mengadakan Majlis Pengagihan Zakat pada 27 Ramadhan 1432H bersamaan 27 Ogos 2011. Program tersebut telah diadakan di Masjid Haji Sulaiman Kg. Jembal, Tawang Bachok Kelantan.
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir,
orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk
hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk
jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai
sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana” (surah at-Taubah ayat 30)
Seramai 20 orang penerima zakat dari asnaf fakir dan miskin telah menerima agihan zakat tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang bersama-sama meluangkan kan sedikit masa didalam masjlis tersebut.
Majlis didahulukan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Dr. Syed Abdul Khaliq. Majlis di teruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustaz Adli (wakil tuan rumah) seterusnya, Dr. Hashairi diberi ruang memberikan sedikit ucapan memperkenalkan PAPISMA Kelantan kepada umum.
Majlis juga turut diisi dengan ucapan perkongsian pengalaman daripada Wira Palestin PAPISMA, Dr. Syed Abdul Khaliq yang berbekas pada hati para pendengar; gambaran sebenar keadaan yang berlaku di Gaza Palestin, pengorbanan jiwa saudara-saudara kita di bumi Ambiya' ; mendambakan sokongan moral, bantuan dan doa-doa dari setiap kita.

Majlis di akhiri dengan pembahagian zakat kepada asnaf
fakir dan miskin. Seramai 20 orang fakir dan miskin Kg. Jembal dipilih
pada program yang julung kalinya di kelolai oleh PAPISMA Kelantan.