Sekitar Majlis Sambutan Aidilfitri 1432H PAPISMA Kelantan

Tunggu giliran mendapatkan Pati Soya Panas
Alhamdulillah, 24 Oktober 2011 bertempat di rumah Akhi Rizwan Ramli Nilam Puri, telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri PAPISMA Cawangan Kelantan untuk tahun 1432Hijrah. Kira-kira 200 hadirin berkesempatan menghadiri majlis tersebut yang bermula seawal jam 10.00pagi.

Wajah-wajah ceria PAPISMA Junior

YB Dato' Husam melapangkan masa bersama
Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah, akhi Rizwan. Majlis turut di serikan dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Hj Husam Musa yang berkesempatan memberi sedikit ucapan. Di dalam ucapan tersebut, beliau menyeru kepada ahli PAPISMA agar memperbanyakkan lagi aktiviti memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya menjaga kesihatan. Beliau juga turut menyarankan agar pihak PAPISMA mengadakan siri ceramah kesihatan di surau-surau yang berdekatan.

Berbual santai, mengeratkan ukhwah silaturahim

Perkongisan pengalaman kembara Gaza, Dr. Syed Abdul Khaliq
Majlis juga diteruskan dengan Sesi Perkongisan Pengalam Dr. Syed Abdul Khaliq, wakil PAPISMA yang menyertai misi RADIG 2 ke Gaza pada 15 Ogos 2011 yang lalu.

Saat beramah mesra bersama
Bersama anak-anak
Pelbagai juadah disajikan pada majlis tersebut. Antaranya yang istimewa, Nasi Hujan Panas, Sate Special  Nilam Puri, Makroni Bakar, Puding Gula Hangus, Pulut Dakap, Coco Cake, Mee Kari Kerang, Bihun Cina, Pati Soya dan banyak lagi.

Mee Kari Kerang Special
Juadah Aidilfitri PAPISMA Kelantan

Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi melapangkan masa bersama menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 1432H PAPISMA Cawangan Kelantan.


Sate Special Nilam Puri beserta Pulut Dakap
Puding Peach serta Bihun Cina

Previous
Next Post »