Khidmat Kesihatan & Masyarakat di Pantai Teluk Suri Bersama PMBK

Selamat Datang Rombongan PMBK 2011
Pada 14 Oktober 2011, PAPISMA Cawangan Kelantan di jemput bersama menjayakan Program Mesra PMBK 2011 bersama Penduduk Kg. Pantai Teluk Suri Tumpat, Kelantan.

Kain Rentang Ucapan Selamat Datang Rombongan

 Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ini telah disertai oleh beberapa buah anak syarikat dibawah PMBK dan PAPISMA Cawangan Kelantan telah dijemput mengadakan ziarah dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung Pantai Teluk Suri.


Tunggu bot sampai ke ni?
 PAPISMA Cawangan Kelantan diwakili oleh Dr. Shahril, Dr. Faiz, Dr. Nurul, Sdr, Rizwan dan Sdr. Damitri mula berkumpul di hadapan bangunan PMBK seawal jam 7.30 pagi lagi dan bergerak menuju ke Jeti Kok Majid, Tumpat pada jam 8.00 pagi.

Bergambar diatas bot. X mabuk laut ke?
Perjalanan menaiki bot selama 30 minit ke perkampungan Pantai Teluk Suri, Tumpat menjanji satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat semua peserta program.

Kain Rentang Program Mesra PMBK 2011
Pengisian program PAPISMA Cawangan Kelantan ; 
  • Pada sebelah pagi diadakan lawatan dan Ziarah ke rumah-rumah penduduk Kg. Pantai Teluk Suri bersama Isteri Dato' Timbalan Menteri Besar.
  • Berkhidmat Satu Keistimewaan
    Kaunter Pemeriksaan Kesihatan
  • Serentak dari itu juga diadakan pemeriksaan statik.  
  • Beramal dengan Islam InsyaAllah Sihat
    Sambutan yang baik dari penduduk kampung
  • Pada sebelah petang pula diadakan pemeriksaan kesihatan statik dan taklimat kesihatan kepada warga penduduk Kg. Teluk Suri disampaikan oleh Dr. Shahril dan En Rizwan.
Perkongsian ilmu dari En Rizawan
Dr. Shahril memberikan taklimat kesihatan
Antara aktiviti yang dijalankan sempena Program Mesra PMBK 2011
  • Gotong Royong Sembelih Lembu
  • Ziarah Mahabbah
  • Jamuan Rakyat
  • Kuliah Zohor Muslimat
  • Ceramah Kesihatan dan Kecantikan
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Beruk Panjat Kelapa
Acara Beruk Panjat Kelapa di pertandingkan
Penduduk Kampung Teluk Suri bergotong royong menyiapkan juadah tengahari
Rombongan bertolak pulang dari Jeti Kok Majid pada jam 6 petang.

Bot dah sampai
 Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil PAPISMA Cawangan Kelantan meluangkan masa bersama didalam Program Mesra PMBK 2011 di Kg. Pantai Teluk Suri, Tumpat Kelantan.
Previous
Next Post »