Majlis Meraikan Para Petugas Seminar Keluarga Bahagia & Program Berkhatan 2011


12 Januari 2012- Allhamdulillah, pada hari Khamis yang lepas, telah diadakan satu Majlis Makan Malam bagi meraikan sumbangan tenaga dan masa ; para petugas Seminar Keluarga Bahagia Bersama Prof Muhaya & Program Berkhatan 2011. Majlis Makan Malam tersebut telah diadakan bertempat di Restoran Ukiran Sri Anjung, Panji, Kota Bharu Kelantan.


Majlis bermula jam 8.30malam dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Majlis Makan Malam, Dr. Ammar Rashidi. Majlis disusuli dengan sedikit ucapan daripada Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr Hashairi Fauzi; mengalukan kehadiran sahabat-sahabat yang bersama-sama berkorban masa dan tenaga bagi menjayakan program yang telah dirangcangkan bersama.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cederahati kepada Pengarah Seminar Keluarga Bahagia (Dr. Nik Azrizie) dan Pengarah Program Berkhatan 2011 (Dr. Sobri Nor) oleh Timbalan Pengerusi PAPISMA Kelantan, YM Tengku Ahmad Damitri.
Previous
Next Post »