Khidmat Kesihatan Sempena Maulidur Rasul di Tanjong Mas

12 Feb 2012 - Sempena masih berada di bulan Rabiulawal 1433H, masyarakat Islam disarankan memperingati kisah perjuangan kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Antara lainnya dengan memperbanyakkan selawat keatasnya disamping meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai susurjalur keturunan Baginda serta sejarah perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini.


Bersempena dengan itu, pada hari sabtu yang lepas bersamaan 11 Februari 2012, PAPISMA Kelantan telah dijemput bersama menjayakan program khidmat kesihatan percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bertempat di PASTI Al-Husna, Paya Rambai, Kota Bharu Kelantan.

Hadirin khusuk mendengar pengisian Maulidur Rasul
Majlis bermula jam 9.00pagi dimulai dengan majlis berzanji oleh kumpulan muslimat Kota Bharu. Dalam masa yang sama, kaunter perkhidmatan kesihatan percuma juga dibuka. Majlis turut diselitkan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Kadi Pasir Mas.

Kadi Pasir Mas memberi tazkirah sirah perjuangan Rasulullah s.a.w

Berkhidmat Adalah Keistimewaan Kami


Para hadirin  juga turut dihidangkan menu laksa dan laksam oleh jawatankuasa program.Sebelum pulang, kami berkesempatan bergambar dengan YB Kak Ani, sebagai tanda kenang-kenangan.

Bergambar tanda ingatan bersama YB Kak Ani
Previous
Next Post »