Jom Turun KKP 10 D' Ayer Keroh Melaka


InsyaAllah pada tahun ini PAPISMA Selatan, melalui kerjasama cawangan Johor dengan sahabat-sahabat cawangan Melaka, telah diamanahkan untuk menganjurkan Konvensyen Kebangsaan PAPISMA kali ke-10 yang akan berlangsung di Ayer Keroh, Melaka. Besarlah harapan kami menjemput sekalian warga PAPISMA untuk turut serta dalam program tahunan ini dengan tema ‘Memperkasa Ukhuwwah’. 



Ayer Keroh Melaka merupakan tempat tumpuan utama bagi kegiatan pelancongan di negeri Melaka. Di sinilah terdapatnya Zoo Melaka, Taman Rama-rama, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan banyak lagi. Ayer Keroh juga menempatkan Kolej Perubatan Manipal Melaka yang merupakan salah satu pusat pengajian perubatan swasta yang utama di Malaysia. 


Konvensyen kali ke 10 ini akan berlangsung bermula pada hari Jumaat 13hb dan berakhir pada Ahad, 15hb Julai 2012 bertempat di Ayer Keroh Country Resort, Melaka. Sumbangan sahabat sekalian bagi menjayakan program kali ini sangatlah diharapkan dan dihargai.Semoga perhimpunan ini dapat mengikat serta mengukuh simpulan ukhuwwah yang kita bina selama ini dan menyuntik semangat baru untuk kita laksanakan amanah yang diberi. 

Daftar segera. Hubungi : 
Pn.Normasrina 013-3886335 
En. Hud 013-7202611

NORHAIMAZ B MOHD MANOOR 
Pengerusi Jawatankuasa KKP-10

Previous
Next Post »