Ketibaaan Dr Harmy & Prof Razak disambut oleh Mr Masri...
Sekitar hari pendaftaran
Pengerusi SPR, Dr Roslan bersama-sama abg Lizam sibuk dengan urusan pilihanraya. MAFREL sampai lambat, tak sempat nak buat pemantauan sepenuhnya. Huhu, agak-agaknya ada unsur-unsur penyewengan tak abg Lan?...Laporan MAFREL tak keluar lagi tu...hehe
Kak Han bagun..tak ingat sebab apa. ke ada tak puas hati kak han?...
Gelagat anak-anak memeriahkan lagi KKP pada tahun ni...anak sape ni ye?...
Ada juga yang main game kat belakang..
Dr Najib tengah buat ape tu? Tengah kira untung rugi Koperasi Amalmedic ke?...
Dr Fadly Yazid bersama-sama dengan VIP selepas majlis perasmian...
Cuba teka apa yang disebut oleh tuan pengerusi Papisma Kelantan sewaktu saya ambik gambar ni?..."Satu Malaysia" katanya.
Sekitar majlis perasmian...bersama-sama para VIP
Majlis Perasmian
Antara gerai yang dibuka semasa KKP-10, Ummi & Baby, syarikat Dr Syed Khalid...
Saudara Syakir tengah memperomosikan barangan baju Papisma. Jualan penghabisan stok katanya, tapi bila ditanya, "Ada lagi tak stok lain?"..katanya "Banyak lagi kat rumah Papisma Kelantan"...huhu..
Tidak ketinggalan, jualan buku-buku dipintu masuk dewan...
Tak sabar nak tengok gambar yang ada kat dalam kamera abg Jime tu...
Anak sape la comel sangat ni?...
Hai Dr Syed, macam mana nak berjuang kat palestin ni?...tengah makan pun boleh tidur ke?...ni kalau jadi Perdana Menteri PR, mesti jadi gambar muka depan Utusan Melayu ni...
Kak Han sempat lagi buat usrah kat belakang...bincang agenda muslimat agaknya...
Dr Harmy tengah tanya sesuatu kepada pimpinan...
Prof Razak pun sama...
Begitu jugak dengan Mr Masri...
Yang pening kepala nak jawa..para pimpinan laa...tanya senang, nak jawab tu yang susah...
Abg Lan gelak-gelak ni ada ape-ape ke?...MAFREL tengah memerhati tu...hehe
Saudara Auzani, pengerusi kelab suami-suami doktor..wujud ke kelab tu?...hehe
Dr Arif, wakil Papisma Terengganu sedang berucap...
Dr Hasmezam tengah berucap mewakili Papisma Kelantan. Pengerusi takde masa tu, saya tak ingat pergi mana...pergi Zoo ke atau pergi makan dengan Family...jangan marah pengerusi.
Wakil Papisma berucap...
AGM Koperasi Amalmedic...tahun ni kita bincang soal ratus ribu, insyaAllah nanti 5 tahun, kita bincang soal juta-juta pula..insyaAllah...
Bergambar ramai-ramai lepas AGM...
Yang ni gambar yang sama, cuba teka, apa bezanya?..bezanya saya ada kat dalam gambar ni, yang kat atas tu takde..hehe satu-satunya gambar yang saya ada di dalamnya..itulah nasib kalau jadi fotografer...
Lagi gambar AGM Koperasi...
Ni pun sama..semua tengah pening tentang angka...
Sebelum majlis Gala Night
Dr Suhaini bersam keluarga dalam majlis makam malam tu...
Ni tak tahu kek hari jadi untuk sape... ke Mr Masri punya?...
Hadiah untuk anak, ayahnya yang posing lebih-lebih pulak...hehe, jangan marah abg Fuad...
Kak Maizun menagh 2 hadiah tahun ni..ruginya tak masuk pertandingan poster..susah jugak jadi orang perfectionist ni...nak buat yang terbaik, last-last langsung tak sempat buat...huhu
Akhi Najmi dan zaujahnya...teringat masa bersama-sama dalam menggerakkan ISP waktu masih mahasiswa dulu...lama betul tak jumpa..dah ada anak dah sekarang ye...
Ni bukan lagi Raja Sehari..dah jadi Raja Setahun ni...hensem tak orang kuat kita ni?...huhu
Dr Marzuki yang menang 1 Dinar dalam cabutan bertuah masa AGM koperasi..bertuahnya badan...
Dr Zaki ni dapat 2 Dirham..Tiap-tiap tahun dapat hadiah...tak nak berkongsi dengan ana ke?...
Pemenang Penulis Terbaik dalam Buku Seharum Kasturi Putih...Dr Normaimaz tu wakil je...hehe jangan marah
Forum malam terakhir...
Semangat sungguh Wira Palastina Papisma kita ni...pengerusi bagi hint banyak kalipun, tak mahu berhenti lagi bercakap...
Dr Siti Mariah tengah berkongsi pengalaman kepada para hadirin...
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Abdullah sangat menarik, siap bernasyid lagi tu pagi-pagi hari...yang tertidur pun boleh segar dengan telatah Ust...
Gambar kenangan bersama. Semoga berjumpa lagi di Perak tahun hadapan insyaAllah...
P/S:Tersilap kata tersalah bahasa harap dimaafkan...tiada niat untuk mengguris hati sesiapa. Sesunggunhnya kita bersaudara kerana Islam tercinta...
Disediakan oleh:
Dr Muhd Al-Aarifin Ismail
Dr Muhd Al-Aarifin Ismail
Biro ICT Papisma Kelantan