Iftar Bersama Anak-anak Yatim Rumah Salimah


17 Julai 2014 - Bertempat di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan telah diadakan satu majlis keraian Iftar Ramadan 1435H anjuran bersama PAPISMA Kelantan, PERSALA dan Pusat Islam USM. 



Untuk tahun ini terdapat sedikit kelaianan yang mana Iftar kali ini turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Salimah Bachok Kelantan berbuka puasa bersama-sama mereka disamping memberi sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan duit raya dihulurkan bagi meringankan beban mereka. 


Majlis dimulakan dengan sedikit kata-kata aluan oleh wakil setiap penganjur, dan ucapan daripada wakil daripada Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS). Sedikit sumbangan berupa duit raya dan barangan dapur telah disampaikan pada majlis tersebut. Sedikit sayu pada hati bila melihat anak-anak yang masih kecil ini telah kehilangan kedua orang tuanya masih ceria menikmati juadah berbuka.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penganjur yang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka dan yang telah mengendalikan atucara program. Moga-moga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

Previous
Next Post »