Lensa Kamera : Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar 1436 PAPISMA Kelantan

Liqa Taaruf antara ahli
11 Julai 2015 - PAPISMA Kelantan mengambil kesempatan yang ada di dalam bulan Ramadan dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana bertempat di Masjid Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan. Dianggarkan seramai 250 orang hadir dalam majlis ini.

Abe Jak meenceritakan pengalaman beliau dalam PAPISMA
Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr. Hj Hasme Zam Hashim dan selepas itu diteruskan dengan perkongsian pengalaman oleh senior PAPISMA Prof. Madya Abdul Razak Sulaiman selaku Timb. Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Iktisas USM. Sebelum berbuka puasa, para hadirin disajikan dengan santapan rohani oleh Dr. Azmi Yaakob berceritakan berkenaan keikhlasan dan kemanisan dalam amal ibadah.



Majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli PAPISMA samada yang junior mahupun yang senior. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pust Islam USM kerana memberi kebenaran menggunakan masjid dan kawasan sekitarnya untuk program pada kali ini. 

Dr. Azmi Yaakob menyampaikan pengisian

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar 1436 PAPISMA Kelantan

Cenderahati kepada Prof Madya Abdul Razak Sulaiman

Cenderahati kepada Dr. Azmi Yaakob

PPK bersama ahli keluarga menikmati juadah berbuka puasa

Kehadiran anak-anak kecil menceriakan suasana

Kehadiran yang memberangsangkan daripada ahli

Kasih seorang ayah

Pelbagai hidangan disediakan 
Previous
Next Post »