Senarai Aktiviti-aktiviti Terkini PAPISMA Kelantan

1. National Ibnu Sina Conference & Community Engagement (NICE) 2014, 21-24 Ogos 2014, PCB Resort, Kota Bharu Kelantan

Wednesday, August 20, 2014

Selamat Datang Peserta NICE 2014


Assalamualaikum wrbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Swt. Selawat & salam ke atas Rasul junjungan yang telah menyampaikan tanpa sembunyi segala risalah Islam.

Peserta & penganjur NICE sekalian.  Ini adalah tahun ke 7 NICE (National Ibnu Sina Conference & Community Engagement) dianjurkan oleh PAPISMA untuk mahasiswa-mahasiswi di dalam lapangan perubatan & kesihatan. Sepanjang tempoh itu telah banyak yang kita bicarakan dan telah ramai pentarbiyah-pentarbiyah terbilang yang kita panggil.

Kali ini PAPISMA dengan berbesar hati pula menjemput Ustaz Hasrizal bagi memberi pengisian bermakna kepada mahasiswa-mahasiswi sekalian. Selain daripada pentarbiyah jemputan ini sudah tentulah 'otai-otai' PAPISMA juga akan di panggil seramai mungkin bagi memeriahkan program & mewujudkan perasaan ukhuwwah yang berpanjangan.
   
Kami mengharapkan agar program NICE ini dapat memberikan satu paradigma baru untuk mahasiswa-mahasiswi semua tentang bagaimana untuk kita menjulang Islam di dalam watak kita sebagai profesional kesihatan & perubatan, iaitu salah satu cabang fardhu kifayah yang sangat penting di dalam dunia moden hari ini.
  
Saya mengucapkan tahniah kepada Penganjur program yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini dan saya juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah memilih untuk menyertai program NICE anjuran PAPISMA ini.
    
Pohon kemaafan di atas ketidak upayaan saya untuk menghadiri program kali ini kerana terpaksa mengutamakan permusafiran saya.

Salam Mahabbah & Salam Perjuangan.

Awisul Islah Ghazali MD, M.Med, FIPP.
Presiden PAPISMA

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi jawatankuasa program seperti berikut:

Pengangkutan
En. Shazwan: 013-355 1321
En. Ramadhan: 011-1688 3637

Pendaftaran dan Penginapan
En. Ahmad Syakir : 019-900 9321
Cik Maisarah: 011-1999 1039
Dr. Suhana : 012-9555842

Saturday, August 9, 2014

Tentatif NICE 2014 - Update!!!

Assalamualaikum wrbt. 

Dilampirkan tentatif program NICE 2014.


TENTATIF PROGRAM

21 Ogos 2014, Khamis (Hari pertama):
Masa
Perkara
10:00 pg – 2:00 ptg
Pendaftaran peserta
Check in
2:30 ptg – 3:30 ptg
Taklimat ringkas
-       Pengarah NICE 2014
3:30 ptg – 4:30 ptg
Pembukaan NICE 2014
-       Pengerusi PAPISMA Kelantan
4:30 ptg – 5:30 ptg
Minum petang
Solat Asar
5:30 ptg – 6:30 ptg
Taklimat pembahagian kumpulan dan LDK
‘Ice-breaking’
6:30 ptg – 7:30 mlm
Kendiri
Makan malam
7:30 mlm – 9:00 mlm
Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib
-       Penceramah : Ustaz Nuruddin
Solat Isya’ berjemaah
9:00 mlm – 11:00 mlm
Sesi pembentangan I :
Mana Arah Tuju Kita?
-       Pembentang : Dr. Suhazeli Abdullah
11:00 mlm
‘Supper’
Tidur


22 Ogos 2014, Jumaat (Hari Kedua):
Masa
Perkara
4:30 pg – 7:15 pg
Qiamullail,
Solat Subuh & Tazkirah Subuh
-       Penceramah : Ustaz Huzaifah
7:15 pg – 7:45 pg
Riadah Pagi
7:45 pg – 8:30 pg
Kendiri
Sarapan pagi
8:30 pg – 10.00 pg
Sesi pembentangan 2 :
Pendekatan Dakwah Professional Kesihatan
-       Pembentang : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
10:00 pg – 10.30 pg
Minum pagi
Masa
Perkara
10:30 pg – 12:00 tgh
Sesi pembentangan 3 :
Ihsan dan Itqan Sebagai Ahli Professional Kesihatan
Pembentang : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
12:00 tgh – 12:30 tgh
Soal Jawab
12:30 tgh – 2:30 ptg
Makan tengah hari
Solat Jumaat
2:30 ptg – 4.30 ptg
Praktikal 1:
Pengaplikasian dan Latihan Praktikaliti Fiqh Perubatan
-       Oleh : Dr. Mujahid Bakar
4.30 ptg – 5:00 ptg
Minum petang
Solat Asar
5:00 ptg – 6:30 ptg
Sambungan Praktikal 1:
Pengaplikasian dan Latihan Praktikaliti Fiqh Perubatan
-       Oleh : Dr. Mujahid Bakar
6:30 ptg – 7:30 mlm
Kendiri
Makan malam
7:30 mlm – 9:00 mlm
Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib
-       Penceramah : Ustaz Adib Faisal
Solat Isya’ berjemaah
9.00 mlm – 11.00 mlm
Taklimat
a.    Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR)
b.    Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
c.    Team Stroke Center Health Care
Pembahagian kumpulan
Taklimat ‘Field Trip’
11:00 mlm
‘Supper’
Tidur



23 Ogos 2014, Sabtu (Hari Ketiga):
Masa
Perkara

4:30 pg – 7:15 pg
Qiamullail,
Solat Subuh & Tazkirah Subuh
-       Penceramah : Ustaz Fakhrulrazi

7:15 pg – 8:00 pg
Kendiri
Sarapan pagi

8:30 pg – 3:30 ptg
Praktikal 2:
‘Field Trip’
Kumpulan 1 : Street Da’wah 
bersama IKBAR
Kumpulan 2 : Khidmat Kesihatan 
bersama MACMA
Kumpulan 3 : Home Visit 
bersama Team Stroke Center
Tentatif ‘Field Trip’ mengikut Kumpulan

3.30 ptg – 4.30 ptg
Kendiri

4:30 ptg – 5:00 ptg
Minum petang
Solat Asar

5:00 ptg – 6:30 ptg
Pembentangan dan Diskusi ‘Field Trip’ oleh setiap Kumpulan

6:30 ptg – 7:30 mlm
Kendiri
Makan malam

7:30 mlm – 9:00 mlm
Solat Maghrib dan Kuliah Maghrib
-       Penceramah : Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid
Solat Isya’ berjemaah

9:00 mlm – 11:00 mlm
Sesi pembentangan 4 :
Perjalanan Seorang Professional Kesihatan Muslim
-       Pembentang : Prof Harmy Mohamed Yusoff

11:00 mlm
‘Supper’
Tidur






24 Ogos 2014, Ahad (Hari keempat):
Masa
Perkara
4:30 pg – 7:15 pg
Qiamullail,
Solat Subuh & Tazkirah Subuh
-       Penceramah : Dr. Norfahmi
7:15 pg – 8:30 pg
Kendiri
Sarapan pagi
8:30 pg – 10:30 pg
Ceramah bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad
Strategi Pengurusan Kewangan Islam
(Riba dan Kewangan Islam)
-       Penceramah : Ustaz Mohd Hafiz Hj Fauzi
10:30 pg – 12:00 tgh
Pelancaran Sahabat PAPISMA & PAPISMA Student Chapter
Perasmian Penutup NICE 2014 oleh YB. Exco Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan
12:00 tgh – 1:00 tgh
Sesi Fotografi dan Makan Tengah hari
Check out dan Bersurai


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia NICE 2014, En. Syakir 019-9009321 atau Cik Maisarah 011-19991039. Terima kasih.

Thursday, August 7, 2014

Stop Smoking 4 Gaza




Mari kita jadikan setiap Jumaat (bermula jumaat ini) "Jumaat Tanpa Rokok Demi Gaza".  Selama tempoh 24 jam, tidak ada yang menjual, membeli atau menghisap rokok. 

Satu Malaysia boikot Rokok. 

Umat Islam yang merokok membakar USD $400 juta SEHARI dan turut menyumbang kepada Yahudi Zionis laknatullah, jauh lebih besar daripada 'sumbangan' melalui pembelian makanan segera. 




Kesan umat islam berhenti merokok selama 24 jam jauh lebih besar daripada berhenti makan McD selama 24 jam.

Peluang terbaik untuk perokok menguatkan azam untuk berhenti merokok.

Sebarkan.

Pesanan Ikhlas dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia - PAPISMA

P/s- kita memahami ketagihan perokok. Kita mulakan dengan langkah awal ini (sehari seminggu), insyaallah menuju nafas baru dan selamatkan Gaza!

Sunday, August 3, 2014

NICE 2014 Bakal Tiba 2 Minggu Lagi.

Persiapan rapi masih berjalan bagi menyambut kehadiran peserta-peserta NICE 2014.



Kepada bakal peserta yang masih lagi belum membuat bayaran pendaftaran, bolehlah melakukan demikian dengan membuat bayaran melalui akaun Papisma Kel Services 03036010037928 (Bank Islam).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Syakir 019-9009321 atau Cik Maisarah 011-19991039. Bakal peserta boleh melayari website rasmi NICE 2014 di :
 http://papismanice2014.wix.com/nicekelantan2014

Friday, August 1, 2014

Misi Bantuan Perubatan Ke Gaza Palestin 2014


Assalamu’alaikum wbt. Sahabat seperjuangan semua, Sempena hujung Ramadhan ini, saya ingin mengisytiharkan bahawa PAPISMA dengan kerjasama Yayasan Amal dan Muslim Care insyaAllah akan menghantar 3 orang wakil PAPISMA bagi misi bantuan perubatan ke Gaza pada 8 Ogos(12 Syawal) 2014 selama 10 hari.

Oleh itu saya menyeru kita semua memberikan infaq/zakat semampu yang boleh utk sumbangan kepada Gaza di samping membekali sahabat2 kita tersebut. Mudah-mudahan sumbangan ini dikira oleh Allah sebagai jihad kita membantu kemenangan Islam.

Tabung Gaza Rakyat Malaysia Papisma (Bank Islam) - 03102010004717.


Akhukum ilallah
Awisul Islah

Presiden PAPISMA 2014/16

Sunday, July 27, 2014

IKBAR di Madinah Ramadan 1435H


Sepanjang hujung minggu didalam bulan Ramadan, bertempat di Perkarangan Stadium Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan, IKBAR singkatan daripada Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok yang diterajui oleh PAPISMA Kelantan dan gabungan beberapa ngo-ngo lain telah menjalankan aktiviti yang memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya menghisap rokok. 


Bergambar bersama Menteri Besar Kelantan

Bahaya tersebut bukan untuk penghisap rokok sahaja bahkan dapat memudaratkan orang lain yang berada disekitarnya yang menghidu asap rokok.



Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang ramadan pada tahun ini adalah seperti membuka gerai pameran, soal jawab doktor bersama masyarakat,IKBAR bersama pemimpin dan pengenalan IKBAR itu sendiri.


Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjayakan aktiviti IKBAR di Madinah Ramadan pada tahun ini. Juga ucapan terima kasih kepada urusetia Madinah Ramadan dan masyarakat sekitar yang hadir ke Madinah Ramadan 1435H.

 










Saturday, July 19, 2014

Iftar Bersama Anak-anak Yatim Rumah Salimah


17 Julai 2014 - Bertempat di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan telah diadakan satu majlis keraian Iftar Ramadan 1435H anjuran bersama PAPISMA Kelantan, PERSALA dan Pusat Islam USM. 



Untuk tahun ini terdapat sedikit kelaianan yang mana Iftar kali ini turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Salimah Bachok Kelantan berbuka puasa bersama-sama mereka disamping memberi sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan duit raya dihulurkan bagi meringankan beban mereka. 


Majlis dimulakan dengan sedikit kata-kata aluan oleh wakil setiap penganjur, dan ucapan daripada wakil daripada Rumah Anak-anak Yatim Salimah (RAYS). Sedikit sumbangan berupa duit raya dan barangan dapur telah disampaikan pada majlis tersebut. Sedikit sayu pada hati bila melihat anak-anak yang masih kecil ini telah kehilangan kedua orang tuanya masih ceria menikmati juadah berbuka.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penganjur yang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka dan yang telah mengendalikan atucara program. Moga-moga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

Thursday, July 17, 2014

Buku I Am A Houseman boleh didapati Sekarang!!!

Buku I Am A Houseman ini bukan sekadar coretan pengalaman, tetapi memberi maklumat dan garis panduan yang bermanfaat untuk melahirkan doktor pelatih yang berjaya, berdaya saing dan sentiasa meningkatkan kemampuan diri.



Bukan itu sahaja, buku ini juga turut memberi panduan ringkas tentang pergaulan, kewangan dan maklumat berkenaan saluran pemilihan kerjaya dalam bidang perubatan setelah tamat tempoh latihan sebagai doktor pelatih.


Buku ini sangat wajar dimiliki oleh para doktor pelatih, pelajar-pelajar perubatan fasa klinikal dan fasa asas, bahkan lepasan SPM yang bercita-cita memilih bidang perubatan sebagai kerjaya - Dr. Awisul Islah Ghazali (Pakar Bius & Rawatan Kesakitan, Presiden PAPISMA)


Sila dapatkan naskah ini dengan menghubungi saya En Syakir 019-9009321. Harga senaskah RM20. Boleh juga didapati pada 21-24 Ogos sempena program National Ibnu Sina Conference & Community Engagement (NICE 2014) bertempat di PCB Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, June 28, 2014

Dapatkan Buku Vaksin Untuk Bayi Anda Sekarang!!!

Isu vaksin merupakan isu yang hangat dibicarakan semula ketika ini. Pelbagai andaian negatif dibuat berkenaan suntikan vaksin pada bayi dan ini menimbulkan keraguaan pengguna terhadap keberkesanan hasil daripada suntikan vaksin tersebut.


Bagi merungkai beberapa kekeliruan masyarakat berkaitan vaksinasi/ imunisasi kanak-kanak, sila dapatkan buku Vaksin Untuk Bayi Anda - Mitos VS Realiti sekarang!!!


Boleh hubungi saya, En. Syakir (Admin) : 019-9009321. Harga senaskah buku vaksin rm18. Kos penghataran pos laju rm7. Istimewa buku ini didatangkan dengan versi warna.


Saturday, April 19, 2014

Kelantan Laksana IKBAR

KOTA BHARU 18 April - Kelantan akan melaksanakan satu gerak kerja dikenali sebagai Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) bagi melindungi tiga perempat rakyat di negeri ini yang tidak merokok. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, menerusi IKBAR, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mewujudkan beberapa kawasan bebas asap rokok di kawasan pentadbiran masing-masing. 

'Inisiatif ini pada awalnya dilaksanakan di peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). 'Bagaimanapun selepas melihat perkembangannya, kita optimis untuk memperluaskan IKBAR ke seluruh ne-geri dengan penglibatan semua PBT,' katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood serta Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Menurut Ahmad, sebagai permulaan, IKBAR dilaksanakan di kawasan pentadbiran MPKB-BRI melibatkan dua zon iaitu Dataran Ilmu dan lokasi merangkumi Stesen Bas Kota Bharu hingga ke Tambatan Diraja. 'Kita berharap ketua-ketua jabatan agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyokong usaha ini dengan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada asap rokok. 'Selain itu, kita minta pemimpin setempat termasuk imam-imam serta ketua rumah ibadat lain menguar-uarkan perkara ini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,' katanya.

Sementara itu, Abdul Fattah memberitahu, peringkat awal pelaksanaan IKBAR memberi tumpuan kepada usaha memberi kesedaran orang ramai tentang zon bebas asap rokok, bukan menghukum perokok. Katanya, kawasan yang diwartakan sebagai zon bebas asap rokok boleh dikenal pasti dengan mudah oleh orang ramai menerusi pemasangan papan tanda khas.

Halwa Telinga