Manisnya Ukhwah Di HRPZ II

Pertemuan hampir dua jam pada tanggal 23 Disember lalu (Khamis) amat bermakna buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang berkhidmat di HRPZ II, dan klinik di sekitarnya.

Seramai 15 orang (6 muslimin; 9 muslimat) ahli PAPISMA Kelantan berkesempatan menghadirkan diri dalam perjumpaan kali ke-3 ini yang telah diadakan pada jam 3.45 petang bertempat di Jabatan Psikiatri HRPZ II. Perjumpaan dimulai dengan kata-kata aluan oleh wakil PAPISMA Kelantan, Dr. Hasme Zam.

Dr. Mohd Ariff sudi melapangkan masa memberi sedikit pengisian yang berkesan kepada hadirin. Antara yang ditekankan adalah berusaha membentuk diri menjadi seorang pegawai kesihatan yang berakhlak muslim, menjadi 'morning person' berpagi-pagi dengan tidak bertangguh dalam menjalankan sesuatu pekerjaan yang telah diamanahkan.

Dalam perjumpaan itu juga, Dr. Mohd Ariff juga mengingatkan agar sahabat semua sentiasa  berbaik sangka dan tidak mengungkitkan tentang pengorbanan yang telah dilakukan.

Pejumpaan disusuli dengan sedikit peneranagan aktiviti-aktiviti terkini PAPISMA Kelantan oleh suk PAPISMA Kelantan, Saudara Syakir. Kalender dan bookmark PAPISMA telah dagihkan kepada para hadirin.
Previous
Next Post »