Pertemuan Kali ke-3 PAPISMA Kel di HUSM/USM

Alhamdulillah, pada 15hb Disember baru-baru ini (rabu) satu perjumpaan bulanan PAPISMA Kelantan untuk ahli yang berada di HUSM/USM telah diadakan bertempat di Masjid Pusat Islam, USM Kubang Kerian, Kelantan.

Perjumapaan bulanan ini antara lain bertujuan merapatkan ukhwah persahabatan dikalangan ahli PAPISMA Kelantan yang berkhidmat dan menyambung pengajian di HUSM/USM. Seramai 19 orang ahli PAPISMA Kelantan yang terdiri daripada 14 orang muslimin dan 5 orang muslimat sudi melapangkan masa bersama didalam perjumpaan pada kali ini.

Perjumpaan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Najib selaku pengerusi majlis dan diteruskan lagi dengan sedikit perkongsian ilmu oleh Dr. Nik Rosmawati (Pensyarah di Jabatan Perubatan Masyarakat). Antara initipati yang disampaikan adalah, beliau menyeru semua ahli agar kekal istiqamah dan jangan mudah mengatakan tidak kepada gerak kerja jemaah. Juga mengingatkan ahli agar berusaha mengurus masa memenuhi aktiviti yang dianjurkan oleh jemaah.

Antara yang turut hadir didalam perjumpaan tersebut adalah, Dr. Hisyam Sidik (Pengerusi PAPISMA Kelantan), Dr. Abir (Timb. Peng PAPISMA Kelantan), pimpinan-pimpinan PAPISMA Kelantan, wakil exco PAPISMA Pusat dan sahabat PAPISMA Kelantan yang lain.
Previous
Next Post »