Program Hujung Minggu Saya


Alhamdulillah, pada hujung minggu lalu (Sabtu;25hb Dis), ana dipelawa oleh Dr. Shahril (exco Kebajikan Papisma Kel) berkesempatan menghadiri Kelas Hadis Sahih Bukhari yang diadakan pada setiap hari sabtu; jam 9-11pagi oleh Maulana Muhammad 'Asri Yusoff' pengasas Darul Kautsar.



Kelas Hadis tersebut diadakan bertempat di Bagunan Tabung Haji Lama, bersebelahan dengan Hotel Raudah dan Jaafar Rawas. Kelas yang cukup baik ini sepatutnya diisi oleh sahabat-sahabat yang ingin mendalami pelbagai hadis dari Imam Bukhari atau nama sebenarnya Al-Imam Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari.


Kitab terbaru yang dibincangkan adalah Kitab as-Shalat (2), terjemahan dan ulasan berkaitan sembahyang. Tiada yuran dikenakan cuma kena beli naskah kitab dengan harga rm3  sahaja. Sahabat semua boleh men'download' video kuliah hadis yang lepas-lepas di dalam youtube atau boleh juga layari http://al-ahkam.net/home/.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
December 30, 2010 at 1:34 AM ×

YAB Tuan Guru ingin melihat rakyat di kelantan penuh ilmu didada. pg esok (jumaat) mai pakat2 turun ke medan ilmu, jalan dato pati depan jaafar rawas.

Congrats bro kaer salahuddin you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar