Wacana Ilmu - Islam, Golongan Muda & Agen Perubahan

Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 12 Januari 2011, telah diadakan satu program Wacana Ilmu Bulanan anjuran Lujnah Tarbiyah PAPISMA Kelantan. Wacanan Ilmu ini adalah program bulanan PAPISMA Kelantan telah diadakan di Masjid Pusat Islam USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.

Program dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Ahmad Abir  mewakili PAPISMA Kelantan. Dr. Mujahid Bakar (Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM (PPSK), Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan) telah dijemput untuk menyampaikan pengisian yang bertajuk Islam, Golongan Muda & Agen Perubahan. Kira-kira 70 orang dikalangan ahli dan pelajar berkesempatan menghadiri program tersebut.

Antara yang dibincangkan didalam program tersebut adalah berkaitan peri pentingnya golongan muda mempunyai peribadi yang mulia, ilmu pengetahuan dan mempunyai method dakwah dan masyarakat yang berkesan dalam membawa perubahan yang lebih baik di sepanjang zaman.

Jika di imbau zaman Rasulullah s.a.w, generasi muda merupakan paksi umat Islam. Di tangan-tangan mereka berkibarnya panji-panji Islam. Contohnya, Khalifah Umar al-Khatab memeluk Islam ketika berumur 27 tahun. Beliau merupakan antara sahabat Nabi yang mempunyai keperibadian yang mulia hatta selepas kewafatan Rasulullah dan ketika menjadi Khalifah Islam yang ke-2; menggantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

Hadirin juga diingatkan mengenai apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Seruan untuk mengambil peluang keemasan di waktu usia muda (sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit). Sebelum mengakhiri ceramah tersebut, Dr. Mujahid menasihatkan agar para pendokong agama Islam senantiasa optimis dengan kemenagan dan membuang sikap mudah berputus asa.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Anonymous
admin
January 19, 2011 at 9:11 PM ×

semoga kita semua istiqamah dalam perjuangan menuntut keamanan dan keadilan di bumi Allah ini.

Congrats bro Anonymous you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar