Aqiqah Abdul Rahman

Menamakan anak yang baru lahir sering kali dilakukan seiring dengan amalan aqiqah dan mencukur rambut bayi.

Menurut buku 'Hidup Bertaqwa' susunan al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus, dari segi bahasa aqiqah bermaksud 'memutus' manakala dari segi syarak pula bermaksud menyembelih kambing (atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas) buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.

Alhamdulillah, pada 29 Januari 2011 yang lepas, K berkesempatan menghadiri majlis aqiqah anak ke-6 bendahari PAPISMA Kelantan, Dr. Hasme Zam dan isteri, Noor Hamny bertempat di Lot 1934, Kg Jaya Setia, Jalan PCB, Kota Bharu. Baby lelaki ini dilahirkan pada 24 Disember 2010, berat 3kg diberi bernama Abdul Rahman Bin Hasme Zam yang membawa maksud 'Hamba Allah Yang Pemurah'. InsyaAllah.

Antara hadis yang memperkatakan mengenai aqiqah ialah : Imam Bukhari meriwayatkan dari Salman Bin Amar Adh-Dhabi bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

 "Sesungguhnya anak iti diaqiqahi, tumpahkanlah darah baginya dan jauhkanlah penyakit daripadanya dengan mencukur."

At Tirmidzi, An Nasai dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada al-Hassan dari Samurah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelihkan (baginya) pada hari ketujuh (dari kelahirannya) dicukur kepalanya dan diberi nama yang baik."

Secara ringkasnya aqiqah mempunyai beberapa hikmah iaitu:-
  • Mendekatkan diri si anak dengan Allah SWT iaitu dengan menumpahkan darah demi kerana cinta kepadaNya di saat-saat pertama kelahirannya.
     
  • Sebagai tebusan si anak dari bebanan dan bahaya sebagai mana tebusan NAbi ISmail a.s. dan tebusan Abdullah, bapa Nabi SAW. 
  • Melepaskan belenggu anak untuk mensyafaatkan kedua ibu bapanya.
  • Menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemunculan anak penyejuk mata, yang juga menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW
  • Mengukuh dan mengeratkan tali ukhuwah dan silaturrahim antara anggota keluarga dan jiran tetangga dengan adanya majlis jamuan.
  • Sebagai simbol ingatan kepada prinsip tolong menolong dalam anggota masyarakat dengan melibatkan semua anggota tetangga dan keluarga tanpa mengira latar belakang ekonomi.
Previous
Next Post »