Pada kali ini, negeri Kelantan menjadi tuan rumah kepada program induksi yang diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 29, 30& 31 Januari 2011, di Min House Camp, Kubang Kerian Kelantan. Kursus ini di hadiri seramai 50 orang peserta dari seluruh institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk mempersiapkan peserta ke arah kehidupan pasca graduasi. Program di mulakan dengan sesi taaruf yang di kendalikan oleh mas’ul KIP.
Program diteruskan dengan sesi forum pada sebelah petangnya, yang diketuai oleh Dr Jefri sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada Dr Syed Khaliq, Cikgu Nazeli dan Dr Hidayah.
Selain itu, terdapat juga slot Unit Baitul Muslim & pengurusan keluarga, koperasi amal medic, takaful Islam, fiqh perubatan dan slot pengurusan kerjaya.
Antara aktiviti yang di laksanakan adalah aktiviti mamasak yang bertujuan untuk memantapkan ukhuwah antara peserta program.
sumber: shazana usm