Satukan Hati-hati Kami Dengan Rahmat Kasih Sayang Mu



Tarikh 18-19 Februari 2011, bertempat di Perdana Resort, PCB Kota Bharu, Kelantan telah diadakan sebuah pertemuan / perbincangan bertemakan "Hangatkan Kembali Kedinginan Tarbiyah"  yang agendanya tidak lain adalah bagi meneruskan usaha perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat; mendaulatkan syiar Islam diatas muka bumi ini. 


"... dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya" . (ali-imran 159).


Kehadiran sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan ke Mesyauarat Agung dwi-Tahunan dan Hari Tautan Mahabbah 2011 amat membanggakan. Bertuahnya diri ini dapat mengecapi kemanisan hidup berukhwah. Diharapkan kemanisan hubungan silaturahim yang dibina kekal hingga ke syurga...


Ribuan ucapan terima kasih buat, Presiden PAPISMA Pusat, Dr Awisul Islah sekeluarga kerana sudi hadir merasmikan AGM PAPISMA Kelantan kali ke-2. Ucapan tahniah juga ditujukan buat jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Saudara Rizwan Ramli; memerah kudrat dan keringat bagi memastikan program yang diadakan pada kali ini mengikut jadual yang ditetapkan. Semoga Allah membalas usaha yang telah dicurahkan... amin.
Previous
Next Post »