Terus Istiqamah - Liqa' PAPISMA Kelantan HUSM Kali ke-5

Alhamdulillah, pada 23 Februari 2011 iaitu pada hari Rabu telah diadakan liqa' bulanan PAPISMA Kelantan kali ke 5 untuk sahabat-sahabat yang berada di HUSM/USM Kubang Kerian, Kelantan.




Program bermula pada jam 5.15petang dan berakhir pada jam 6.15petang  di hadiri seramai 14 orang ahli PAPISMA Kelantan muslimin muslimat. Walaupun kehadiran menurun berbanding pertemuan sebelum ini, namun alhamdulillah tetap bersyukur kerana berjaya  mengadakan pertemuan bersama sahabat-sahabat semua.



Pertemuan dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Dr. Najib dan diikuti oleh sedikit pengisian daripada Dr. Harmy. Antara intipati daripada pengisian ringkas tersebut :-
  • Galakkan semua ahli PAPISMA menambah bahan bacaan ilmiah. Buku cadangan adalah buku berkaitan dengan tulisan Arwah Ustaz Shukri Hasan
  • Leadership perlu di mantapkan antara ahli PAPISMA
  • Semangat untuk terus menambah ilmu pengetahuan
  •  Inovasi dan kreatif sifat mulia yg harus digilap dalam setiap diri ahli PAPISMA




Sebelum itu juga, semua ahli PAPISMA Kelantan yang hadir mentaarufkan diri. Terdapat beberapa orang sahabat yang masih belum mempunyai usrah. Perhatian harus diberikan.


Sebelum mengakhiri pertemuan pada kali ini, pengerusi majlis mengingatkan kembali akan kepentingan menyokong Takaful Amal Medic. Kepada yang ingin memperbaharui Takaful Kenderaan (insurans kereta) dan Roadtax, boleh menghubungi wakil agensi Koperasi Amal Medik/PAPISMA - Sdr. Syakir - 0199009321.



Sekali lagi ditekankan bahawa semua ahli papisma digalakkan untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri Kelantan menyokong penyebaran dinar dan dirham. Kepada yang ingin membeli dinar dan dirham, bolehlah menghubungi wakil Koperasi Amal Medik, Dr. Najib - 0192895539, Dr. Razlina - 0199588321 atau Sdr. Syakir - 0199009321.

sumber: dr. najib mat pa.

Previous
Next Post »