Pelancaran Skuad Kito Cakno - Stroke Center


Pada 31 Mac 2011/26 Rabiulakhir 1432H bersamaa hari Khamis yang lepas; PAPISMA Kelantan telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Skuad Kito Cakno yang telah diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.


PAPISMA Kelantan yang diwakili oleh Dr. Mohd Hashairi (Pengerusi PAPISMA Kelantan), En. Tengku Ahmad Damitri (Timb. Pengerusi PAPISMA Kelantan) dan En. Ahmad Syakir (SUK PAPISMA Kelantan) berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Skuad Kito Cakno untuk tahun 2011 yang bertemakan "Bersedia Membantu Rakyat". Untuk makluman, pada tahun 2010, program penjagaan pesakit stroke telah berjaya dijalankan di  2 buah Dun terpilih iaitu Dun Demit dan Dun Limbongan.


Majlis dimulai dengan tayangan montaj ayat suci al-Quran oleh Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan (UPWKK) Kelantan. Majlis diteruskan dengan taklimat pertama mengenai Peranan dan Cara Mengenali Pesakit Terlantar oleh Dr. Martina Wan Yusuf. Di dalam taklimat tersebut, Dr. Martina memaklumkan mengenai fungsi Skuad Kito Cakno ini iaitu menjadi kumpulan sokongan yang berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan negeri terhadap peranan dan kaedah penjagaan harian pesakit terlantar (fokus penyakit stroke).


 Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat kedua mengenai Asas Penjagaan Pesakit Terlantar oleh En Asri Dolah; Jurupulihan Perubatan Carakerja HUSM dan disusuli  taklimat ketiga berkaitan Tanggungjawab Keluarga/Penjaga terhadap Kesihatan dan Ibadah Pesakit yang telah dibentangkan oleh  Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.


Majlis pelancaran Skuad Kito Cakno telah dirasmikan oleh YB Hjh Wan Ubaidah Omar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. Besarlah harapan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap penglibatan PAPISMA dalam membimbing ahli Skuad Kito Cakno memberi bantuan kepada pesakit terlantar dan seterusnya merialisasikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan menjadi sebuah Negeri Berkebajikan - Mendahulukan Rakyat .


Berita Majlis Pelancaran Skuad Kita Cakno ini telah disiarkan didalam akhbar Sinar Harian edisi Kelantan pada 7 April 2011.
Previous
Next Post »