Majlis Meraikan Pelajar Tahun Akhir USM Kubang Kerian di Restoran Syam

Pada 28 April yang lepas, PAPISMA Kelantan dibawah Unit Kampus USM telah berjaya mengadakan satu majlis jamuan  makan malam bagi meraikan para pelajar tahun akhir yang menuntut di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan. Majlis makan malam ini telah diadakan di Restoran Syam, Kota Bharu Kelantan.











Majlis di mulai dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Najib Mat Pa selaku pengerusi majlis pada malam itu. Seterusnya, majlis juga diisi dengan ucapan dari Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr. Hashairi Fauzi. Di dalam ucapan tersebut, Dr. Hashairi memberi penghargaan kepada adik-adik USM yang berjaya menghabiskan pembelajaran selama 4-5 tahun. Pengalaman, kenangan manis dan pahit semasa menuntut di institusi diharapakan menjadi pengajaran kepada adik-adik USM dan mengingatkan perjuanagan selepas tamat pengajian lebih mencabar.











Majlis juga turut menjemput Dr. Harmy selaku mentor di USM untuk memberi sedikit ucapan. Di dalam ucapan tersebut, Dr. Harmy juga ada mempromosikan kepada adik-adik USM yang dirai yang berminat membuat master di Jabatan Perubatan Keluarga, bolehlah membuat permohonan.











Hadirin di sajikan dengan menu ala thai. Majlis tersebut juga turut menjemput Dr. Azaharim selaku ketua alumni dan Sdr. Aliff Yunus memberikan ucapan bagi mewakili adik-adik pelajar tahun akhir USM. Sebahagian besar pimpinan PAPISMA Kelantan hadir meraikan adik-adik tahun akhir USM.











Majlis di akhiri dengan pemberian cenderahati kepada semua tetamu yang diraikan pada malam tersebut.

Previous
Next Post »