Kejohanan Badminton Tertutup PAPISMA Kelantan 2011










Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lepas  (semalam 21 April 2011) PAPISMA Kelantan telah berjaya menganjurkan satu Kejohanan Badminton Tertutup PAPISMA Kelantan untuk tahun 2011. Kejohanan ini telah diadakan di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan bermula seawal jam 5.10 petang. Program dimulai dengan pembahagian group (siapa partner siapa) dan jadual perlawanan oleh Dr. Hanif.


Penyertaan sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan pada kejohanan badminton kali ini amat memberangsangkan. Sebanyak 13 regu menyertai kejohanan pada kali ini. Ia di seri kan lagi dengan kehadiran beberapa tokoh senior seperti Prof Madya Dr. Abdul Razak, Dr. Rosli Alani dan mantan timb pengerusi PAPISMA Kelantan untuk sesi lepas iaitu Dr. Ahmad Abir. Hampir keseluruhan saf Pimpinan PAPISMA Kelantan hadir menyertai serta menjadi pemerhati pada kejohanan badminton tersebut.










Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang sudi hadir, melapangankan masa bersama-sama, membawa isteri dan anak-anak sebagai pembakar semangat. Semoga dengan berlangsungnya kejohanan sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah mahabbah diantara kita.


Kejohanan kali ini dimenangi oleh regu pilihan pertama kejohanan iaitu Akhi Azreen dan pasangannya Akhi Rizwan menewaskan regu yang sedang meningkat naik iaitu Dr. Hanif dengan pasangannya Akhi Fadhli :)  Kepada sahabat-sahabat yang kalah, harap semua tidak berputus asa. InsyaAllah, untuk tahun ini, Biro Kebajikan dan Silaturahim PAPISMA Kelantan telah merangka beberapa idea untuk menganjurkan riadah bulanan. Diharapkan sahabat semua  bersedia menyertainya.











Wahai Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMu, eratkanlah ukhwah antara kami. Kasihanilah kami. Permudahkan urusuan kami. Bertemu dan berpisah kami hanyalah kerana Mu, wahai Allah...
Previous
Next Post »