Training Badminton di MASSA Court, Panji

5.08pm, setelah penat bekerja, kami bergegas untuk ke MASSA Court, Panji. Kalau dilihat melalui udara, terpancar sinar cahaya dari pelbagai sudut menuju ke MASSA Court Panji bersebelahan dengan Kompleks Anak Yatim Panji. Dari Machang, dari Kem Kijang, dari Pusat Bandar Kubang Kerian, dari Kota Bharu dan pelbagai tempat lagi, semua menuju ke satu arah. Berkumpul demi satu tujuan; demi mengeratkan ukhwah mahabbah antara ahli PAPISMA Kelantan.











Tahniah diatas pengorbanan kalian menghadiri program riadah; bermain badminton anjuran PAPISMA Kelantan. Terpancar keceriaan di raut muka kalian bagaikan tiada permasalahan berlaku di tempat kerja pada hari ini. Semoga Allah memlihara kita semua.


 









Walaupun pertemuan tidak lama, tetapi hati ini merasai pertemuan kali ini cukup berharga. Dapat melihat pelbagai gelagat sahabat-sahabat, pelbagai skill yang di pamerkan sudah cukup menceriakan hari ini. Ada juga sahabat yang membawa anak-anak dan isteri sebagai pembakar semangat.



InsyaAllah, kami dari pihak urusetia penganjur akan merancang untuk mengadakan satu pertandingan Badminton Tertutup PAPISMA Kelantan untuk tahun 2011 ini tidak lama lagi. Terima kasih kepada sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan dan adik-adik USM yang sudi hadir memeriahkan program riadah badminton pada kali ini.
Previous
Next Post »