Wacana Ilmu - Manhaj Islam Terhadap Ahli-ahli Perkhidmatan Kesihatan

Alhamdulillah, semalam (13 April 2011), K berkesempatan menghadiri sebuah program ilmu, Wacana Ilmu di Masjid Pusat Islam USM Kubang Kerian, Kelantan. Wacanan Ilmu ini merupakan program bulanan anjuran PAPISMA Kelantan.









Wacana Ilmu yang bertajuk 'Peranan Manhaj-manhaj Islam Terhadap Ahli-ahli Perkhidmatan Kesihatan : Tingkahlaku dan Muamalat' telah disampaikan oleh Dr. Mujahid Bakar, Pensyarah di Pusat Sains Kesihatan USM Kubang Kerian, Kelantan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai 2 asas penting yang perlu di ketahui oleh setiap manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini adalah; 1. mengetahui bahawa Allah s.w.t tidak berhajat kepada makhluknya dan yang ke 2, tugas manusia diciptakan diatas muka bumi ini tidak lain iaitu beribadat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.










 "Tidak Aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)

As-Syahid Syed Qutb menegaskan ; Ayat tersebut kecil (ringkas) tetapi mempunyai makna yang luas. Hidup tidak beerti sekiranya tidak mendalami sebenar ayat  ini.

Hakikat sebenar ibadah dapat diterjemahkan kepada 2 perkara yang besar iaitu:
1. Wujudnya perasaan di hati bahawa adanya hamba dan Penciptanya.
2. Setiap perkara yang dilakukan ikhlas semata-mata mendapatkan redha Allah swt.











Tiga asas kekuatan pandangan holistik dalam kehidupan adalah;

1. Iman - Keimanan kepada Allah swt adalah memenuhi segala urat sendi, segala gerak geri kita sepanjang kehidupan adalah hanya kerana Allah swt disamping dalam masa yang sama menghindari segala dosa-dosa. Iman merupaka anugerah Allah yang paling beharga dan menjadi satu ketenangan didalam hati orang-orang yang beriman.












2. Akal - Islam amat menghormati akal fikiran (meletakkan akal fikiran ditempat yang tinggi). Islam menegah manusia menjalankan kehidupan didalam keadaan menutup mata, bahkan digalakkan melihat, memerhati, mencerap, berfikir. Kesannya lahirlah dari perlakuan insan yang mempunyai keimanan yang kukuh berupaya menjadi khalifah diatas muka bumi. Akal perlu selari dengan kehendak Islam.














3. Ilmu - Hikmah kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan adalah nikmat yang dianugerahkan kepada Rasulullah s.a.w dan hamba pilihanNya. Menuntut Ilmu adalah kewajipan pada setiap muslim.

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Dengan bertambahnya ilmu, bertambah yakinlah kepada kekuasaan Allah s.w.t.












Catatan kesungguhan tokoh-tokoh ilmuan Islam.

Ibnu Sina : Waktu malam aku kembali ke rumah, aku meletakkan pelita dihadapanku, aku mula menulis dan membaca, bila mengantuk atau keletihan, aku meminum segelas air sehingga kembali tenagaku, kemudian aku menyambung pembacaan ku.

Abdul Latif Al- Baghdadi : Sentiasa dampingi guru. Sentiasa hormati dan sanjunginya. Sentiasa berusaha dan jangan tergopoh gapah didalam menuntut ilmu. Bila tidak merasai kesulitan mencari ilmu, tidak akan terasa nikmat kelazatannya.

 










Ribuan terima kasih diucapakan kepada Pusat Islam USM khususnya yang bersama menjayakan program Wacana Ilmu pada kali ini. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan dan adik-adik USM yang sudi hadir memeriahkan program.
Previous
Next Post »