PAPISMA Kelantan di Kg. Lubuk Kawah, Meranti


Teruskan berkhidmat. Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 23 Julai 2011,  PAPISMA Kelantan telah dijemput oleh urusetia program mengadakan khidmat kesihatan sempena program Cakna Rakyat di Kg. Lubuk Kawah, Meranti, Rantau Panjang.









Sambutan dari para pengunjung amat memuaskan. Seperti biasa, PAPISMA Kelantan telah menydiakan beberapa kaunter untuk pemeriksaan kesihatan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan ruangan kaunseling nasihat penjagaan kesihatan yang baik.










Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang melapangkan masa untuk terus memberi khidmat. Semoga beroleh balasan pahala oleh Allah swt. InsyaAllah.
Previous
Next Post »