Jawatankuasa NICE 2011 Diraikan di New Horizon

Semalam (Isnin), bertempat di Restoran New Horizon, Simpang Empat Wakaf Che Yeh telah diadakan satu majlis jamuan makan malam bagi meraikan para petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan program National Ibnu Sina Conference and Community Engagement 2011 (NICE 2011) yang telah diadakan di Kem Kijang bermula 7 hingga 10 Julai 2011.

Majlis di mulai dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Syed Abdul Khaliq Bin Syed Abd Hamid mewakili semua jawatankuasa NICE 2011. Majlis seterusnya menjemput Dr. Hashairi Bin Hj Fauzi; Pengerusi PAPISMA Kelantan selaku tuan rumah kepada NICE 2011 memberi sepatah dua kata. Dr. Syed Abul Khaliq mewakili jawatankuasa NICE 2011 menerima sijil penghargaan daripada PAPISMA diatas kejayaan menganjurkan NICE 2011.

Dr. Syed Abdul Khaliq mewakili Jawatankuasa NICE 2011 menerima sijil penghargaan daripada Dr. Hashairi, Pengerusi PAPISMA Kelantan.

Adik-adik yang banyak membantu memudahkan urusan sepanjang NICE 2011

Banyak pilihan makanan sedia dinikmati bersama sahabat-sahabat

Agar-agar laici dan anggur sebagai pembasuh mulut

Pengarah Program bersama Isteri dan anak-anak dan sahabat seperjuangan menjamu selera New Horizon

Nikmat Allah, banyak lauk yang kami nikmati semalam

Pimpinan PAPISMA Kelantan turut meraikan para petugas NICE 2011

Ukhwah antara sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan

Menu istimewa khas buat para petugas NICE 2011
Ayam Manggo
Ikan Siakap Stim Asam


 







Tom Yam New Horizon

Daging Masak Merah
Majlis makan malam di taja oleh PAPISMA Kelantan.
Previous
Next Post »