Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera…
Segala puji milik Allah swt, selawat & salam buat junjungan Nabi SAW dan kaum keluarga serta para sahabat yang dikasihi baginda, seluruh kaum muslimin & muslimat dimana jua mereka berada.
Allah Ta'ala berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui" (Al-Baqarah: 183-184)
Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini, mudahan tahun ini memberi banyak titik perubahan dalam diri kita agar tercapai matlamat asal berpuasa sebagaimana dinyatakan dalam ayat-ayat diatas.
Saya menyeru kepada semua ahli papisma supaya mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk terus menggandakan amal ibadah kita disamping memberi tumpuan kepada diri & keluarga agar berada pada landasan yang betul.

Didiklah anak2,isteri2,suami2 serta kaum keluarga kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama membawa mereka mengenali islam yang mulia. Saya juga ingin menyeru supaya terus bersama PAPISMA dalam memberi sumbangan kepada agama & masyarakat sebab itu adalah tanggugjawab semua dan bukannya tanggungjawab pimpinan sahaja.
Banyak aktiviti yang telah dirancang sepanjang Ramadhan nanti, berharap sangat agar sahabat dapat bersama dalam setiap aktiviti supaya bertambah subur kasih sayang antara kita.
Banyak aktiviti yang telah dirancang sepanjang Ramadhan nanti, berharap sangat agar sahabat dapat bersama dalam setiap aktiviti supaya bertambah subur kasih sayang antara kita.
Doa nabi SAW sebelum memasuki bulan Ramadhan;
"Allahumma Ballighni Ramadhan"- "Ya Allah sampaikanlah (panjangkan umur) aku (sehingga sampai) kepada bulan Ramadhan"
Sekian.
Ibnu Fauzi (29 Syaaban 1432H)