Iftar Perdana PAPISMA Kelantan 1432 H


Alhamdulillah, syukur Allah masih hidupkan kita didalam bulan yang mulia ini. Berbaki kurang dari lapan hari lagi ramadhan akan berlabuh. Diharapkan bersama2 mengambil peluang yang ada untuk melipat gandakan amalan samada amalan fardhu ataupun amalan sunat.

 
Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lepas (20hb), bertempat di Restoran Syam, Berek 12, Kota Bharu Kelantan, telah diadakan Iftar Perdana PAPISMA Kelantan 1432H. Sambutan dari sahabat semua amat menggalakkan (sekitar 130 orang termasuk ahli keluarga) menghadiri majlis tersebut.


Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr. Hashairi Fauzi. Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan tentang perlunya keterlibatan ahli PAPISMA Kelantan didalam aktiviti yang telah dirangka bersama. Majlis seterusnya diisi dengan sedikit pengisian muhasabah ramadhan oleh Ustaz Li, Pensyarah KIAS. Doa berbuka puasa telah dipimpin oleh Dr.Shahril.


Manisnya ukhwah yang dibina, semoga sentiasa harum berkekalan. Risalah an-nida edisi kelapan  juga telah diagihkan kepada para tetamu Iftar Perdana PAPISMA Kelantan 1432H.
Previous
Next Post »