Skuad Terjah PAPISMA Kelantan di Terjah!!!

Kepelbagaian method dalam berdakwah perlu di rencanakan sesuai dengan peredaran zaman agar perkara yang hendak disampaikan mudah untuk dicapai.

Skuad Terjah PAPISMA Kelantan 2011

Alhamdulillah, pada 17 Ogsos 2011, bersamaan 17 Ramadhan 1432H, PAPISMA Kelantan telah berjaya mengadakan aktiviti kayuhan basikal atau juga dikenali sebagai Skuad Terjah PAPISMA Kelantan. Diantara misi yang ingin dicapai adalah bagi memberi kesedaran terutama kepada muda-mudi yang melepak, mengayuh basikal fixie (merayau-rayau ditengah malam) dengan menyampaikan risalah berkaitan amalan-amalan yang dianjurkan didalam bulan Ramadhan.

Tayar basikal Dr. Hashairi pancit. Huhu, pandai betul cari tuan basikal.
Antara yang turut serta pada program tersebut ialah Dr. Hanif (Ketua Skuad), Dr. Hashairi, Akhi Qumat, Dr. Harmy, Dr. Nik Azrizie, Dr. Nor Azri, Akhi Rizwan, Akhi Syakir dan Anak Abg Harmy.  Program bermula jam 10.35 malam dimulai dengan sedikit pengisian dan doa keselamatan oleh Dr. Harmy.

Dr. Hanif mencuba mini pump yang dibawanya.
Sedikit laporan, Skuad Terjah telah berjaya menyelusuri beberapa batang jalan, bermula dari Kompleks Sukan USM menuju ke simpang empat Kubang Kerian, kemudian melalui jalan ke Balai Islam Lundang. Perjalanan menuju ke Bandar Kota Bharu agak mencabar memandangkan banyak kenderaan melalui jalan tersebut. Sesetengah basikal yang dipinjam dari kompleks Sukan USM tidak mempunyai lampu dan ini menyukarkan pergerakan ke Stadium Mohamad ke -IV.
Kata-kata perangsang dari Dr. Nik Azrizie agar Dr. Hashairi tidak cepat putus asa.
Didalam perjalanan menuju ke Stadium, kami terserempak dengan sekumpulan remaja yang menaiki basikal fixie. Alhamdulillah, penerimaan mereka terhadap kami amat memuaskan. Kami berjaya mengagihkan risalah pada kumpulan tersebut. 

Selamat tinggal basikal ku, Dr. Hashairi.
Malang tidak berbau, basikal yang dinaiki oleh Dr. Hashairi pancit di tengah-tengah kota. Alhamdulillah, berkat ukhwah yang selama ini di tarbiyah di uji. Dr.Afnan dari  Wakaf Che Yeh segera membantu kami menagangkut basikal pulang ke Kompleks Sukan. Jam di tangan menunjukkan jam 1.10pagi. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke USM. 

Basahkan tekak sebelum menunggu Dr. Afnan sampai.
Pengalaman bersama sahabat berdakwah sambil beriadah akan dikenang sentiasa. Kami menamatkan kayuhan sekitar jam 1.30pagi. Jarak keseluruhan yang telah dilalui sejauh 17km. Alhamdulillah Allah lindungi kami dari perkara-perkara yang tidak diingini. 

Nantikan Skuad Terjah ke 2 tidak lama lagi...
Previous
Next Post »