Di dalam sempadan Negara kita Malaysia, sejak tahun 1998 lagi sukarelawan-sukarelawan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), tanpa jemu dan penat meredah kampong dan desa yang terpencil, bahkan ke tempat penempatan Orang Asli setiap tahun, demi membantu menunaikan amalan sunnah yang dikira wajib oleh hampir semua mazhab dalam agama Islam.
Kita khatankan seorang anak lelaki, maka kesannya seumur hidup. Wudhuknya, taharahnya, solatnya, hajinya, bahkan jimaknya dengan isteri menjadi amalan sunnah yang lebih sempurna. Logiknya jikalau kita bantu khatankan seorang anak lelaki maka pahalanya insya allah berpanjangan.

Sukarelawan-sukarelawan kita pergi ke bumi Kemboja yang satu ketika pernah di nodai oleh regim Polpot, membunuh ratusan ribu rakyat Kemboja termasuk puluhan ribu umat Islam.

Pada mulanya misi sukarela ini dibuat secara agak senyap kerana tidak mahukan populariti. Namun akhirnya kami menyedari bahawa semakin ramai manusia yang kita ajak untuk melakukan perkara kebajikan atau amal maaruf ini, maka semakin besarlah ganjaran yang Allah akan berikan.
Oleh sebab itulah, sejak akhir tahun lepas kami mula memikirkan bagaimana untuk mengajak orang ramai turut beramal soleh membantu proses mengkhatan anak-anak Islam yang dhaif dari segi ekonomi ini.
Dari niat yang murni itu, maka lahirlah Pojek Khatan Nusantara. Tidak semua orang mampu mengkhatankan kanak-kanak kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran itu. Tetapi ada banyak orang yang mampu dari segi kewangan untuk membantu mengeluarkan modal mengkhatankan kanak-kanak yang dhaif sumber kewangan itu.
Oleh kerana PAPISMA mengumpulkan tenaga-tenaga kesihatan, maka kami mempunyai tenaga-tenaga sukarelawan untuk mengkhatankan kanak-kanak di rantau Nusantara yang dhaif kewangannya. Menyedari betapa perlunya kami melibatkan orang ramai ke arah usaha amal makruf ini maka kami membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kewangan.

Insyaallah juga, program Khatan Nusantara ini akan diadakan setiap tahun bagi menjelajahi negeri-negeri di Nusantara seperti Mindanao, Riau, Sabah, Sarawak, Kemboja, Vietnam, Thailand, Burma dan lain-lain bagi menyatakan bahawa kita umat Islam adalah umat yang satu, yang disatukan oleh dua kalimah yang begitu tinggi nilainya.
Oleh itu saya mengambil peluang sempena Ramadhan yang bakal tiba ini untuk menyeru kepada seluruh umat agar turut membantu melaksanakan amalan sunnah ini. Sumbangan Tuan boleh diberikan melalui akaun MayBank Papisma bernombor 5530 1010 8828 .
Bagi mendapatkan sijil penuh yang diisi dengan nama kanak-kanak (insya allah, gambar dan cap jari juga kami cuba usahakan!) maka sumbangan penuh sebanyak RM100 diperlukan. Wang sumbangan akan digunakan bagi membeli peralatan dan ubatan berkhatan, membantu menaja pemergian adik-adik pelajar perubatan yang menjadi pembantu prosedur di samping sedikit saguhati kepada para sukarelawan. Sekiranya ada wang lebih akan disumbang pula kepada institusi Islam di sana .
Sebarang maklumat lanjut yang diinginkan oleh penyumbang seperti sijil atau pemakluman sumbangan di harap dapatlah para penyumbang sekalian menghubungi
1. Penyelaras dan Pengarah Program ini saudara MOHD FADLIYAZID, Hp: 0199859251 email: mafiya81@yahoo.com atau
2. Timbalan Penyelaras dan Timbalan Pengarah Program ini iaitu saudara NIK AZRIZIE, Hp: 0129524247 email: bestfikrah@yahoo.com .

Al-Faqir Ilallah
Presiden PAPISMA
2010-2012