Pemeriksaan Kesihatan di Qaryah Ramadhan

Bulan Ramadhan, manusia dituntut melipat gandakan amalan disepanjang bulan ini tidak kiralah amalan fardhu atau sunat sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt ganjaranya:

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.  

Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.


Alhamdulillah, pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas bersamaan 5,6 Ogos 2011, PAPISMA Kelantan telah diundang oleh Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama beramal dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua jemaah Qaryah Ramadhan bertempat di perkarangan Stadium Mohamad ke IV, Kota Bharu, Kelantan.


Sambutan dari para pengunjung Qaryah Ramadhan amat menggalakkan. Disamping menjalankan pemeriksaan kesihatan, PAPISMA Kelantan turut mengedarkan Risalah Khas Ramadhan yang membincarakan mengenai 'Kesalahan Muslim di Dalam Bulan Ramdhan' di samping memperkenalkan PAPISMA kepada masyarakat.


Ribuan terima kasih diucapkan buat sahabat-sahabat (Dr. Hashairi, Akhi. Qumaty, Dr. Sayodi, Dr. Rosli Alani, Dr. Shahril, Dr. Faiz, Dr. Al-Aarifin, Dr. Hadyan, Dr. Raihan, Dr. Fakhrul serta adik-adik pelajar yang  sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan program tersebut.


InsyaAllah, pemeriksaan kesihatan percuma ini akan diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu  selepas solat tarawikh di sepanjang bulan Ramadhan. Justeru itu, besarlah harapan kami agar sahabat-sahabat semua dapat meluangkan masa bersama.
Previous
Next Post »