Kijang - Alhamdulillah, pada 19 November yang lepas, PAPISMA Cawangan Kelantan telah dijemput menjayakan Majlis Khatan Sempena Cuti Sekolah di kawasan Kedai Buloh. Seramai 88 orang peserta mengambil bahagian didalam majlis ini.
Fokus: Penuh teliti |
Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan sesi pendaftaran peserta khatan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian YB Ubaidah selaku Ahli Dewan Undangan Kijang dan sedikit taklimat kesihatan dan berkhatan dari wakil PAPISMA Cawangan Kelantan. Para peserta diraikan dengan majlis menyuap pulut oleh ibu bapa serta YB Kak Ubai kepada para peserta khatan.
Beri kerjasama untuk siap awal |
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para petugas dari PAPISMA Cawangan Kelantan diatas pengorbanan masa yang dicurahkan bagi menjayakan Majlis Berkhatan di Kijang ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan buat urusetia program atas kemudahan yang disediakan bagi memastikan majlis khatan ini berjalan lancar.