Bengkel Berkhatan PAPISMA Cawangan Kelantan 2011

13 November 2011 (Sabtu) - PAPISMA Cawangan Kelantan menggambil inisiatif awal dengan mengganjurkan Bengkel Berkhatan 2011; persediaan bagi menghadapi program berkhatan sempena musim cuti sekolah pada akhir tahun 2011 ini.

Fokus!!! Sebahagian daripada peserta bengkel berkhatan 2011

Bengkel yang diadakan di Pustaka Az-Zahra, Telipot, Kota Bharu Kelantan  bermula seawal jam 9.00 pagi dihadiri kira-kira 31 orang peserta dari kalangan ahli PAPISMA Cawangan Kelantan.

Mr. Azhan menerangkan teknik-teknik berkhatan yang betul

Bengkel dimulai dengan perkongsian ilmu oleh Mr. Azhan ; surgeon dari Hospital Raja Perempuan Zainab II berkaitan teknik-teknik berkhatan yang betul. Bengkel berhenti rehat untuk jamuan tengahari dan disambung dengan pembentangan daripada Dr. Azaharim dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian, Kelantan menerangkan 'local anaesthesia' dalam berkhatan.

Dr. Azaharim - local anaesthesia dalam berkhatan

Slot terakhir bengkel diisi dengan sedikit pembentangan satu kajian perbandingan mengenai kadar infeksi dan pendaharan antara khatan yang dibuat di hospital/klinik dengan khatan yang diadakan komuniti oleh Mr Hisyam ; surgeon dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Pembentangan mengenai kajian oleh Mr. Hisyam Sidek

Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah melapangkan masa bersama didalam bengkel berkhatan 2011 anjuran PAPISMA Cawangan Kelantan. Kepada yang ingin mendapatkan maklumat mengenai tarikh program berkhatan sempena cuti sekolah ini, sila menghubungi suk PAPISMA Cawangan Kelantan, Sdr. Syakir : 019-9009321.
Previous
Next Post »