Forum: RIB, Satu Muhasabah

28 Disember 2011 - Bertempat di Madrasah Haji Sulaiman Kg. Jembal, Tawang Bachok Kelantan telah diadakan satu forum yang bertajuk Remaja dan Ibu Bapa, Satu Muhasabah. Forum dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah. 


Forum menampilkan selebriti-selebriti tempatan antaranya terdiri daripada Ustaz Marzuk (Tokoh Ulama Muda Kelantan), Cikgu Azmi (Kaunselor Maahad Muhammadi Lelaki) dan penampilan khas Lagenda Bola Sepak Kelantan, Hashim Mustapha dan dipengerusikan oleh Dr. Hashairi Fauzi (Pengerusi PAPISMA Kelantan)


Forum pada malam ini menyentuh serba sedikit mengenai peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak yang terpuji disamping menyenaraikan fungsi golongan muda sebagai agen perubahan masyarakat. Didalam forum ini juga, ada menyentuh mengenai peranan bersukan dapat mendidik anak-anak menjadi cergas mental, fizikal dan rohani. Pihak jawatankuasa Madrasah Haji Sulaiman Kg. Jembal turut menyediakan bubur asyura kepada semua yang hadir .
Previous
Next Post »