PAPISMA Kelantan Bersama Masyarakat Selising

30  Disember 2011 - Sebagai sebuah pertubuhan sukarelawan yang berdaftar; PAPISMA Kelantan meningkatkan peranannya dengan mengadakan program kemasyarakatan bersama penduduk Selising, Pasir Putih. Program tersebut merupakan kerajasama diantara PAPISMA Kelantan dan Jawatankuasa Masjid Selising. Program bermula selepas solat jumaat dimulai dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada masyarakat di Selising. 


Disebelah malam pula diadakan satu kuliah khas bersama Wira Palestin PAPISMA, Dr Syed Abdul Khaliq. Kuliah pada kali ini menyentuh mengenai peripentingnya ilmu dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Kuliah juga turut menyentuh mengenai keadaan saudara-saudara seislam kita dibumi Gaza Palestin serta peranan yang harus dimainkan oleh setiap daripada kita, umat Islam dalam membela dan membantu saudara seagama kita di sana. 

Previous
Next Post »