Bersama Asnaf Zakat Di Kedai Mulong

Pada 11 Ogos 2012, bersamaan 22 Ramadhan 1433H, PAPISMA Kelantan telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Zakat Bersama Asnaf Zakat di sekitar daerah Kedai Mulong, Salor . Program bermula pada jam 4.00 petang itu telah diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kedai Mulong. Seramai 21 orang asnaf zakat terpilih didalam majlis tersebut.

 

Program dimulai dengan solat asar secara berjemaah. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi Masjid Ar-Rahman Haji Adnan Bin Yusof.  Didalam ucapan tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAPISMA Kelantan kerana memilih Masjid Ar-Rahman sebagai tempat mengadakan majlis ini.


Jemputan-jemputan
Pengerusi Masjid Ar-Rahman










Majlis seterusnya menjemput Dr Mohd Hashairi Fauzi selaku pengerusi PAPISMA Kelantan memberi sedikit ucapan. Sedikit pengisian Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Hafis Musa (Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Kelantan)


Ustaz Hafis Musa memberi pengisian


Dr Hashairi menyampaikan ucapan.


Sedikit duit raya turut diserahkan kepada semua asnaf zakat bagi menampung perbelanjaan sempena menyambut aidilfitri tidak lama lagi.

Asnaf yang hadir
Asnaf yang hadir
Majlis Penyampaian Zakat 1433H



Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat PAPISMA Kelantan yang telah menyumbangkan sedikit tenaga dan wang bagi menjayakan Majlis Penyampaian Zakat pada tahun 2012 ini.

Bergambar bersama AJK Masjid Ar-Rahman, Kedai Mulong
Previous
Next Post »