Liqa Bulanan Papisma Kelantan




Pada 12 Sept 20123 yang lalu, liqa  bulanan Papisma Kelantan telah diadakan di Masjid Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Setelah lama tertangguh, liqa kali ini diadakan dengan kehadiran yang agak ramai, ditambah lagi dengan penglibatan ramai sahabat-sahabiah yang baru pertama kali mengikutinya.


Pengisian telah diberikan oleh Dr Abil yang pada umumnya menyentuh isu amalan sebagai seorang khalifah dimuka bumi Allah. Banyak input yang menarik telah dibincangkan. Semoga apa yang dibincangkan dapat memberi sedikit sebanyak panduan dalam kita beramal dalam jemaah Islam ini.

Untuk makluman, pihak ICT Papisma Kelantan telah berusaha untuk mengubungi Prof Zakuan yang sedang berada di Australia untuk diadakan siaran langsung usrah tersebut melalui Skype, namun panggilan yang dibuat tidak mendapat respon. Mungkin Prof tidak ada depaan komputernya pada waktu itu. InsyaAllah lain kali kita cuba lagi.


Ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi hadir didalam liqa bulanan PAPISMA Kelantan.

Disediakan oleh,
Dr Muhd Al-Aarifin Ismail
Unit ICT, Papisma Kelantan
Previous
Next Post »