Assalamualaikum wrbt.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Swt. Selawat & salam ke atas
Rasul junjungan yang telah menyampaikan tanpa sembunyi segala risalah Islam.
Peserta & penganjur NICE sekalian.
Ini adalah tahun ke 7 NICE (National Ibnu Sina Conference & Community Engagement) dianjurkan oleh PAPISMA untuk mahasiswa-mahasiswi di
dalam lapangan perubatan & kesihatan. Sepanjang tempoh itu telah banyak
yang kita bicarakan dan telah ramai pentarbiyah-pentarbiyah terbilang yang kita
panggil.
Kali ini PAPISMA dengan berbesar hati pula menjemput Ustaz Hasrizal bagi
memberi pengisian bermakna kepada mahasiswa-mahasiswi sekalian. Selain daripada
pentarbiyah jemputan ini sudah tentulah 'otai-otai' PAPISMA juga akan di panggil
seramai mungkin bagi memeriahkan program & mewujudkan perasaan ukhuwwah
yang berpanjangan.
Kami mengharapkan agar program NICE ini dapat memberikan satu paradigma
baru untuk mahasiswa-mahasiswi semua tentang bagaimana untuk kita menjulang
Islam di dalam watak kita sebagai profesional kesihatan & perubatan, iaitu
salah satu cabang fardhu kifayah yang sangat penting di dalam dunia moden hari
ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Penganjur program yang bersungguh-sungguh
menjayakan program ini dan saya juga mengucapkan tahniah kepada
mahasiswa-mahasiswi yang telah memilih untuk menyertai program NICE anjuran PAPISMA
ini.
Pohon kemaafan di atas ketidak upayaan saya untuk menghadiri program kali
ini kerana terpaksa mengutamakan permusafiran saya.
Salam Mahabbah & Salam Perjuangan.
Awisul Islah Ghazali MD, M.Med, FIPP.
Presiden PAPISMA
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi jawatankuasa program seperti berikut:
Pengangkutan
En. Shazwan: 013-355 1321
En. Ramadhan: 011-1688 3637
Pendaftaran dan Penginapan
En. Ahmad Syakir : 019-900 9321
Cik Maisarah: 011-1999 1039
Dr. Suhana : 012-9555842