Sinar Hijrah -Pusat Bimbingan dan Perlindungan Wanita

Pusat perlindungan dan bimbingan wanita yang bertempat di Parit Raja, Batu Pahat ini berhasrat untuk memberi didikan dan bimbingan kepada wanita yang terlanjur khususnya dengan harapan agar golongan ini bertaubat, mendapat perlindungan dan bimbingan serta diterima oleh keluarga dan masyarakat. 

Sepertimana rumah/ pusat perlindungan wanita terlanjur yang lain, kami juga komited menyelamatkan masa depan 2 nyawa yang menjadi pertaruhan dalam keterlanjuran tersebut, iaitu ibu dan terutamanya bayi yang dikandungkan agar fenomena dan kes-kes buang bayi dapat dibasmi.


Pusat perlindungan dan bimbingan ini dinaungi oleh sebuat pertubuhan yang tidak berorientasikan keuntungan, iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). PAPISMA merupakan organisasi yang mempunyai lebih 500 orang keahlian, dianggotai oleh golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang kesihatan seperti doktor perubatan, doktor pergigian, ahli farmasi, pegawai dietetik dan pemakanan, kejururawatan dan sebagainya. 

Sinar Hijrah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai Pusat Jagaan Sinar Hijrah. Segala urusan pertanyaan dan kemasukan di SINAR HIJRAH boleh e-mail kepada: pengurus@sinarhijrah.org atau boleh SMS: 013-3886335 (Dr Normasrina, Pengurus)
Previous
Next Post »