Dapatkan Buku-buku PAPISMA Sekarang!!!

Alhamdulillah, dapatkan buku-buku hasil tulisan sahabat-sahabat PAPISMA.

I Am A Houseman - RM20
Buku I Am A Houseman. RM20 senaskah

Buku I Am A Houseman ini bukan sekadar coretan pengalaman, tetapi memberi maklumat dan garis panduan yang bermanfaat untuk melahirkan doktor pelatih yang berjaya, berdaya saing dan sentiasa meningkatkan kemampuan diri. Bukan itu sahaja, buku ini juga turut memberi panduan ringkas tentang pergaulan, kewangan dan maklumat berkenaan saluran pemilihan kerjaya dalam bidang perubatan setelah tamat tempoh latihan sebagai doktor pelatih.

Seharum Kasturi Putih - RM25
Buku Seharum Kasturi Putih. RM25 senaskah

Gabungan lebih 20 orang doktor dan ahli  bidang kesihatan yang lain termasuk doktor-doktor pakar daripada pelbagai bidang, maka terhasilah sebuah antologi cerpen berdasarkan himpunan pengalaman mereka. Gabung jalin pengalaman berinteraksi secara terus dengan pesakit, ahli keluarga dan kehidupan mereka serta pengalaman perawat itu sendiri diolah dengan tujuan bagi mengangkat semula martabat kehidupan pesakit mereka yang mempunyai pelbagai domain seperti biologikal, psikiologikal dan sosial yang sebahagiannya sering terabai. Pengalaman mereka mengendalikan pesakit secara holistik diharap dapat dijadikan tatapan umum untuk menjadi ibrah kepada kita semua.

Merokok - RM22
Merokok Ketagihan Yang Harus Dihentikan. RM22 senaskah

Buku ini merangkumi pelbagai aspek berkaitan dengan rokok dan merokok seperti konsep merokok sebagai satu ketagihan dan penyakit yang perlu diubati. Pembaca juga boleh mengenali pelbagai jenis rokok dan kesannya terhadap kesihatan seperti kanser, penyakit kardiovaskular, paru-paru, sistem reproduktif dan seksual. Dalam buku ini turut dibincangkan cara-cara seseorang itu boelh berhenti merokok samada melalui pendekatan pengubahsuaian tingkah laku atau ubat-ubatan. Maklumat berkenaan ubat-ubatan terkini serta cara penggunaannya turut disertakan

Vaksin Untuk Bayi Anda - RM18
Buku Vaksin Untuk Bayi Anda -RM18 senaskah

Isu vaksin adalah isu yang hangat dibincangkan semula dewasa ini. Terdapat beberapa sebaran melalui media sosial dan medium alternatif  yang memberikan gambaran negatif terhadap suntikan vaksin kepada kanak-kanak seperti yang diamalkan oleh negara kita dan juga negara lain. Tulisan ini dikemukakan bagi menjernihkan beberapa kekeliruan masyarakat berkaitan vaksinasi/imunisasi kanak-kanak. 

Kepada rakan-rakan yang ingin dapatkan buku-buku diatas, boleh hubungi En. Syakir 0199009321. Terima kasih.
Previous
Next Post »